Wednesday, March 2, 2011

~jari kembali menari ~

nah..berhabuk sudah...mcam muzium...penuh khazanah, sarat coretan dan padat perkongsian.perasan.
dulu aku tulis sebab aku kecewa..sebab aku rasa menulis ni mcam satu terapi..tapi kini ak menulis sbab ak rasa ada perkara ak tak boleh simpan sorang..ada perkara perlu dikongsi meski kadangkala ia sepatutnya dikunci kemas di hati..bingung...resah...gelisah...entah kenapa semua perkataan ini brmain dalam diri walhal ia cuma satu rasa, satu perasaan..aku bukan robot la..perlu disettingkan gembira saban masa...aku bkan badut perlu menghidang ketawa sepenuh masa pada manusia..aku manusia..orang...insan..mamalia berperasaan dan akal..yang tahu mana hak mana batil..yg tahu mana sedih mana gembira..aku manusia.noktah.
ya..aku berjantina lelaki..mengapa?tidak boleh lelaki menulis kisah hati..haram lelaki menulis pasal perasaan?? kalau macam tu..nyah Osman Awang, nyah Sudirman, nyah P.Ramlee dari muka bumi..sebab mereka juga lelaki seperti aku..juga menulis kes2 hati dan perasaan cuma gaya persembahan mereka lain..
Di FB..Zahid Musa memang jiwang...penuh dgan klausa2 mencuit hati hingga ada tanam rasa benci jauh di sudut hati...tapi perlu ak mnta permisi pada kalian utk luah apa yg terbuku di hati..ini hati aku..wilayah aku..kerajaan dan parlimen aku..strukturnya aku yg bentuk..kucar kacirnya ak yg rasa..
pernah ak khabarkan.."kawan..menulis blog bukan semudah minum coolblog..idea mesti disusun cantik sperti susunan batu blok, agar penulis tidak kelihatan goblok bila hasil tulisannya di baca "
dan kali ni..aku kembali..cuba menulis kembali...jika ia sesuai dngan gaya pemikiran kalian..simpanlah kemas2 di sudut minda..jika tidak..abaikan dan gantikanla masa anda dngan bnda yg lebih bermanfaat..
jemu aku mahu bebrbicara hal politik kerna sampai kemati sandiwara tetap berlangsung..wayang tanpa durasi..aku mahu tulis kisah hidup aku..yang ak sendiri yakin ianya macam sebuah novel...aku watak utamanya dan Tuhan Yang Esa adalah pengarahnya...cukup sampai di sini..lain kali aku tulis lgi..tulis apa yg berlaku di alam realiti..percayalah masing-masing ad crita sndiri..dan kata akhir dri aku..membaca la kamu sebelum kamu dibacakan talkin di penghujung hidup kamu

Friday, October 30, 2009

Facebook...satu fenomena


Esok..genap sebulan ak x usik blog aku ni...bukan tak nak usik..tapi macam-macam kekangan ada...dan alasan yang paling kukuh sekali kenapa blog ini tak berusik ialah malas!..malas nak karang,malas nak pergi online,malas nak perah otak,dan macam-macam lagi...

arini ak mula menconteng blog ak balik...tq pada mat hafiz sebab beriya suruh aku update blog..ok..arini aku nak tulis pasal FACEBOOK! ataupun dalam istilah melayunya "Muka Buku"..apa yang ak tengok, dah macam jadi satu fenomena dan trend di mana setiap pengguna tegar internet mesti ada facebook...x kira la yang tua,yang muda, yang berjawatan,yang penganggur..masing-masing dah mula ketagih dengan facebook...dan kerana facebook,sorang tu boleh tak tidur malam...hebatnya penangan Facebook..

pernah jugak aku terdengar, yang facebook ni ada rangkaian dengan Yahudi namun itu semua x mampu untuk menghentikan Taufan Facebook.. segala bagai barang yang berkaitan dengan Israel di boikot,namun Facebook nampaknya terkecuali..untunglah ko facebook..hahah

Apa yang ak nampak, facebook ni boleh jadi tempat luahan seseorang..dulu di waktu ak knal blog, blog la tmpat orang luahkan rasa,tmpat orang citer segala perihal kehidupan dorang, tempat crita apa yang dorang nampak,dorang rasa dan macam-macam lagi sampai kalo boleh setiap orang nak ada blog masing-masing dan ada pengaruh masing-masing...tapi Facebook dah macam amik alih tugas blog 2...mudah, dapat menarik semua orang dan macam-macam lagi..

bagi ak,slagi kite tak hanyut dalam taufan Facebook ni...aku rasa x jdi masalah...pandai-pandailah korang manage k..jangan duk leka dengan kebun-kebun kat facebook tu sampai isu semasa pun tak tau...jangan sibuk sampai apa yang jadi kat dunia luar,kita tak nampak...dan jangan duk leka sampai agama pun tolak tepi..kalo dah tahap macam 2...facebook ni bukan menyumbang pada yahudi,tapi aku rasa dah mnyumbang tiket ke neraka r..hahahha

cukup r stakat 2...bgi pembaca yang ada facebook..fikir2la..join x salah..tapi berpada k...

lepas ni aku nk tulis something pasal hati n perasaan..


Wednesday, September 30, 2009

Sedar diri......

pergh......berhabuk dh blog aku...
punye lama x bukak...bukan xnak bukak, tpi x tau nk di isi dengan apa...
hari raya dh berlalu dan puase pun dh lma meninggalkan kita...harap..amalan yang baik di bulan pose korang teruskan jela...jgan jdikan alasan,syaitan dah lepas dri tamabatan,so payah skit korang nk wat baik..

arini...30/9/2009...macam biase r...pergi kuliah n ada perjumpaan pengakap, dan apa yang ak nak ceritakan kat sini bukan pasal perjumpaan pengakap yang kadang-kadang enjoy tapi pasal pengisian motivasi kepada ahli pengakap..arini semua ahli pengakap dapat motivasi percuma perihal KESEDARAN DIRI dan perihal perangai pengakap yang still "gila-gila"

he3...lpas dgar motivasi 2...ak rsa sume dh sedar diri kot ( harap-harap la ea )

macam yang aku duk sembang tadi...penyakit tak sedar diri ni dah macam stu penyakit genetik bagi keseluruhan rakyat Malaysia ni...aku tak cakap sume tak sedar diri, tapi apa yang ak tengok dan perhatikan, memang rakyat Malaysia ni kurang kesedaran diri r...termasuk r aku dan yang lain-lain..

ok..amik contoh..H1n1...alhamdulilah kematian kekal pada 77 orang dan akibat pengekalan angka kematian tu...semakin terabailah kesedaran rakyat Malaysia pasal penyakit tu...walaupun digembar-gemburkan ada gelombang kedua plak...lagi satu...tgok OPS SIKAP..dah berapa versi dah OPS SIKAP kat Malaysia ni...still berlambak-lambak kemalangan jalan raya...yang ni..x taulah sapa yang x sedar diri....pihak pentadbir ataupun individu tu sendiri..hahahah

kalo nk cerita pasal kesedaran lain macam budi bahasa,membaca, kebersihan...ni lagi xtau nak cakap camna...biarlah berjuta sekalipun bajet dikeluarkan nak wat kempen sana-sini..hasilnya...terserahlah pada korang yang nak menilainya k...

belum cakap bab politik,mercun,pembaziran dan macam-macam lagi la...so aku pun xtau nak kata camne..sbab aku sendiri rakyat Malaysia yang ada penyakit genetik "kurang kesedaran diri"..hahah

terima kasih kepada pensyarah tadi...sbab membangkitkan isu sedar diri ni...
mcmna nak ubah??? snang je...sdar2lah diri 2..kalo sdar diri cpat,cpatlah kita brubah..lmbat kita sedar diri...lmbat lah kite brubah..2la konklusinya...xpun, dh termaktub dlam minda Melayu, dah terhantuk baru nak terngadah...

2 je..CHOW..

Saturday, September 12, 2009

MenGarut di bUlAn SeptEmbEr!

hmmm............
lama dh aku x mengarut kat sini...bukan xnak menulis, tapi tak tahu apa yang perlu ditulis...nak buat resensi pasal novel..nantilah...tunggu aku ada masa lapang baru aku wat resensi pasal novel yang aku baca...skang pun ngah layan satu buku pasal politik yang cambest...nanti kita kongsi k..

ok..aku nak tulis pasal bulan September...di mana kat dalam bulan september ni ada satu tarikh yang lawa...iaitu 09/09/09...mmang lawa tarikh ni...dan aku percaya bagi mereka yang perasan akan kehadiran tarikh ni,mesti mereka wat sesuatu pada tarikh ni..untuk dijadikan kenangan..Bulan september ni diserikan dengan bulan ramadan dan di himpunkan dengan kehadiran syawal yang semakin hampir... orang ramai dah mula menghitung hari nak balik raya, orang dah mula merancang perjalanan raya dan orang ramai mula mencongak apa yang nak dibuat dengan bonus yang hanya dapat seciput je pada tahun ni.. ( kecuali orang-orang Felda yang dianugerahkan duit raya )..tahniah warga felda dan para penjawat awam, jika anda inginkan duit raya yang lebih, sertailah Felda k..hahaha

H1N1 semakin dilupakan sebab orang ramai dah x hirau dan mungkin lupa pasal penangan penyakit ni..benarlah melayu mudah lupa..hu3..lupa sbab sbuk dgan bazar ramadan, lupa sebab dekat akhbar duk hitung hari2 yang tiada kematian H1n1...pola kematian makin menurun sejajar dengan pola kesedaran masyarakat Malaysia...

September??? apa lagi yang menarik ea...Michael Jackson dah selamat kebumi..Kapal selam Malaysia sampai, hukum sebat Kartika dan macam-macam lagi...dan kat akhbar sekarang paling hangat ak rasa, isu kepala lembu..hu3..ksian lembu 2...badan dah selamat kena jual..kepala pula kena arak...tahniah kepada mereka yang menyertai perarakan 2..sebab ckup sensitiviti pada agama kononnya..walhal brperlakuan macam orang xde ilmu kat kepala..sebab 2 dok usung kepada lembu...entahlah..mungkin mereka lebih arif pasal agama dan hak setiap individu kot..dan aku ni hanya sorang yang sentiasa berfikiran sempit dan x liberal...ingat pesan pak PM kite, 1 malaysia k...so kena lah harmoni...( nampaknya promosi 1 MALAYSIA ni kna perhebatkan lagi, dipromosikan sehebat jualan murah, sbab rakyat Malaysia x menghayati lagi apa makna slogan yang sedang meletup-letup 2)hu3..

ok2..2 pasal isu semasa..isu IPGM aku....of coz r skang sibuk dok wat asaimen sampai x tido dan mungkin dah lali ngan perkara ni.sebab berlaku pada setiap sem..sambutan ramadan pun nmpaknya macam biase je...rutin yang sama diulang stiap hari tanpa diletakkan sdkit penambah rasa pada rutin 2...dan apa yang aku tau...kepala masing-masing dah mula brfikir pasal raya n rumah..dah mula berfikir macam mna nk lepas pak guard untuk blik awal...dah fkir macam mna nak escape klas hri jumaat..dah fkir macmana nak elakkan jem...time ni r kemahiran berfikir digunakan sewajarnya..

2 je yang aku sempat mengarut malam ni..pada yang membaca...MAAF ZAHIR BATIN K!!

zahid kata >>> 9/9/9 tarikh yg aku akan ingat smpai bila2...!!

Wednesday, September 2, 2009

PelaNgi!!


he3...skang ni aku tgok rmai kawan2 aku yg dh mula mncburkan diri dalam bidang blog ni..bgus r..skurang2nya bleh tau gak ape yg ad dalam pemikiran dorang n bleh kongsi apa kegiatan dorang...teruskan k..

ni plak perihal kegiatan aku masa cuti ri2...ni novel trbaru kluaran Jemari Seni...tq pda akk aku sbab tlong crikan novel ni...dan novel ni pun die beli pkai duit gaji die..tq long..hahaha

dalam novel ni trkandung 3 ceritera berbeza hasil garapan 3 penulis berbeza..masing-masing dgan pembawakan jlan cerita msing-msing..SYUD,HLOVATE n NOOR SURAYA...

edisi SYUD >>> Pelangi

mnceritakan perihal seorang wanita,Iman yang merupakan anak yatim dan kemudiannya brtemu jodoh dengan Hazriq yang mempunyai khidupan zaman lampau yang teruk...walaupun nyata Hazriq dah meninggalkan zaman lampaunye, tapi watak-watak dalam zaman lampaunya tetap menghantui khidupan mereka setelah mereka berumah tangga...jalan cerita yg agak menarik...

"you macam sesuatu yang colourful tapi tak semua orang nampak.you macam...... pelangi,cuma pelangi x kekal lama...tapi you stay"- Syud

edisi HLOVATE >>> ked"s story..

yeaah...Hlovate..mmang penulis yang ak mnat r...kali ni hlovate bercerita perihal skaters plak..seorang llaki yg trlalu obses dgan skate smpai cinta nye pun hnya untuk skate...tpi Khalid Faizal a.k.a ked...brubah stlah dipertemukan dgan wanita yang menjatuhkan spagheti kat skate ked..akhirnye ked dan nawal dipertemukan jgak dkat Florida,tmpat dorang blaja...di sini ked menemukan cinta pertamanya dan bermulalah cerita ni..nk tau..baca sendiri k...
mmang best cite ni.!!

"Dan kau sendiri yang cakap. Tak ada law dalam dunia ni yang kata...kalo kita suka somebody,that somebody gotta like you back.Ini bukan equation equilibrium untuk balance between forward n reverse reaction " - HLOVATE

edisi NOOR SURAYA >>> rumah kcil di hjung padang

cerita ni plak pun xkurang best nye...brcerita pasal Durrah yang dibesarkan dalam keluarga angkat yang terdiri dripada 3 orang adik bradik lelaki..berlatarkan negeri Terengganu dan Indonesia..Cerita bermula apabila Durrah dikecewakan oleh abang tirinya sendiri, Mubin dan Nabil..kedua-duanya bagi Durrah telah memainkan perasaan Durrah hinggakan Durrah sanggup untuk kembali ke Indonesia bertemu dngan keluarga kandungnya...
di Indonesia pula, pelbagai perkara terjadi hinggkan Durrah merasakan dia telah jatuh cinta pada Dr.Heru,ttapi mlangnya prasaan trsebut tdak trblas...dan skali lgi Durrah lari dri knyataan apablia hatinya trguris...

cite ni best bgi aku..sbab penulis bjak mncipta naratif dan menyelitkan tntang budaya-budaya Indonesia..crite ni jgak bgi ak brkaitan dgan realiti kehidupan..sama ada kite nk lari dri maslah atau hadapi masalh 2..fikirkanlah k..

"Akukah kunang-kunang yang dilupai orang tika mentari menyingsing" - Noor Suraya

Monday, August 31, 2009

Hari Kemerdekaan ke 52????


Arini 31 Ogos 2009..maknanya arini jgak bulan 8 akan melabuhkan tirainya dan selamat datang bulan September..tapi bukan tu yang aku nak tekankan..bukan rumusan bulanan yang aku nak wat..cuma nak nyatakan yang arini, 31 Ogos 2009, negara kita, Malaysia dah 52 tahun merdeka..merdeka dri penjajahan..merdeka dri segala bagai bntuk kekejaman..merdeka dan tanpa diskriminasi ( tapi merdekakah kita sebenarnya) ..tapi apapun..tahniah kepada para pemimpin negara kerana mampu mengekalkan keamanan dan kesejahteraan Malaysia..

Tahun ni..bulan kemerdekaan jatuh dalam bulan Ramadan, jatuh dalam bulan puasa di mana majoriti masyarakat Malaysia akan berpuasa...apa yang aku nmpak..bulan kemerdekaan tahun ni..tak bgitu mendapat smbutan dri segenap pelusuk masyarakat..masyarakat dah x sibuk nk psang bndera kat kereta or knderaan masing-masing....premis-premis perniagaan kat Malaysia ni pun mcm x mnyokong bulan kemerdekaan...mungkin jatuh dalam bulan Ramadan kot...publisiti meluas tntang bulan Kemerdekaan tngglam sbab dtangnya Ramadan...kalau dlu...kat TV sibuk dgan rncangan-rncangan patriotik...sibuk dgan konsert kemerdekaan sana-sini...sibuk dengan countdown2....sibuk dengan kempen kibarkan jalur gemilang.....sibuk dengan nyanyian lgu patriotik....sibuk dgan iklan-iklan merdeka.....

tapi tahun ni...Tv sarat dengan rancangan-rancangan memasak.....sarat dengan iklan-iklan ramdan....sarat dengan promosi kain dan fabrik-fabrik murah.....sarat dengan cerita berunsurkan islamik dan raya...dan stesen televisyen mula memancing penonton dngan iklan-iklan rncangan raya mereka....he3..penuh dengan kelainan tahun ni..mungkin sebagai "negara Islam",kite lbih mnghormati Ramadan...kalo mcm 2 niat nya...ALHAMDULILAH..

Mungkin..orang rmai dh bnyak hbiskan duit bli topeng H1N1 kot...2 yang x mampu nak bli bndera..hahahah

lagi satu...apa yang aku nmpak...tahun ni punya logo n tema kemerdekaan x related dngan hari kemerdekaan..."1 Malaysia"..diulang-diulang prkataan 2 smpai tema hri kmrdekaan pun di ambil dri retorik pemimpin 2...dicanang satu Malaysia 2 smpai orang ramai jemu dngan prkataan 1 Malaysia...(yela,bnda yang sama diulang bnyak kali, bdak2 pun jemu cam2)...adakah gagasan 1 Malaysia yang cba dibawa 2 gagal smpai hari Merdeka pun msih guna slogan yg sma???( andaian semata-mata)hu3...

Anyway...sbagai rkyat Malaysia yang berwibawa.hahahaha...aku ucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan...kenanglah jasa-jasa pemimpin negara...mohon pada Tuhan di bulan baik ni agar negara kite diberikan perlindungan...

zahid kata >>> MERDEKA! MERDEKA!

Tuesday, August 25, 2009

ramadan menjelang tiba....


fuh......dh lma x update blog ni..
sori sesangat...sebab aku dh lama x on9 dan x tau nk coret pe kt blog ni..

aku bru blik dri Melaka dan menghabiskan SBE aku yang terakhir..so far SBE aku brjalan macam biase dan apa yang lebih menarik adalah pengalaman duduk di negeri orang selama seminggu...nanti aku wat ulasan lain sal SBE aku...tgu..

apa yang aku nak cakap mengenai kedatangan Ramadan..ramadan yang ke 21 dalam hidup aku..hu3..( dua dekad dah hidup rupanya)....dan x trlambat lagi aku nk mgucapkan selamat berpuasa kepada pmbaca blog aku ni...dan selamat datang bulan Ramadhan ( bulan utuk semua umat Islam )..
apa yang aku rasa? makin umur meningkat ni...rsa excited nk menyambut bulan ramadan ni dah berkurang..x macam masa kecik2 dlu...bulan pose ni mmang ditungu2 la..antara pengalaman masa kecik bile brpose :

1.djanjikan duit bile dpat pose penuh sehari
2.main bunga api n mercun
3. baju raya baru dan segala bagai persiapan raya baru
4. jmpa kwan2 kat masjid ( dengan beralasankan terawih )
5. blik skola, duk dalam blik air lama2..n mandi macam besok air dh xde ke bumi..
6. bli air time kt bazaar mcm nk minum utk 4-5 ari akn dtang..hu3

hahah...2 apa yang aku rsa 10-15 tahun yang lepas...tapi skang ni. rase mcm biase je puase ni..pegi bazar pun..pusing 5 -6 kali dh xtau nk beli apa..better balik umah n makan menu mak msak...mungkin usia dah meningkat kot...manis dan excited puase 2 dh semakin tawar.mungkin sebab x berbuka dngan ahli family yang cukup dan kurang kemeriahan macm berbuka dgan kwan2 kt asrama...tpi fadilat ramadan tetap kena kejar gak..yang 2 pasti...

so ni apa yang aku rasa la..maybe lain orang lain ragam kot..dan lain orang lain macam dorang punye pemikiran kan..he3..kekok lak bile dh lama x menulis kat sini...ni kire warm up la kat jari2 aku yang dah membeku kian lama..

jangan lupa tambah amalan korang time bulan pose ni...setan sume dah kena ikat pkai simpul manuk dah...so amik peluang k!!!!

zahid kata >>> tahniah pada calon PAS kat Permatang PAsir...menang lagi..berkat ramadan kot..alhamdullilah
zahid kata lagi >>> x sabar nk buka ngan dak2 ni kat asrama..he3