Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Monday, August 10, 2009

Apa sudah jadi?????


Muhyiddin mohon maaf pada PIBG SMK Sri Hartamas


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Sri Hartamas ekoran tindakan jabatan pelajaran menarik balik kebenaran untuk mereka mengadakan mesyuarat agung luarbiasa (EGM) membantah perubahan dasar pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) semalam.

Beliau yang juga menteri pelajaran berkata, pegawai jabatan tersebut tidak sepatutnya berbuat demikian.

"Kami bersikap terbuka. Mereka (jabatan) tidak harus bersikap demikian, maafkan saya,” katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan kerja lima hari beliau ke Perth yang berakhir hari ini, lapor Bernama.

“Saya minta maaf. Saya fikir tidak adil (untuk menarik balik kebenaran itu)," katanya.

Semalam, Malaysiakini melaporkan, ibubapa pelajar SMK Seri Hartamas naik berang terhadap arahan yang melarang mereka mengadakan EGM tersebut untuk menyuarakan bantahan terhadap keputusan untuk memansuhkan PPSMI..

PIBG sekoleh tersebut dijadual diadakan di sekolah itu pagi semalam, tetapi Jabatan Pendidikan, melalui pihak sekolah, memutuskan ianya tidak sah untuk diadakan.

Oleh kerana keputusan tersebut disampaikan secara lisan kepada pihak PIBG lewat petang semalam, maka ramai ibubapa yang tidak mengetahuinya dan berhimpun di pintu pagar sekolah.

Walaupun tidak dapat mengadakan mesyuarat tersebut, mereka mengadakan undian di kalangan ibubapa sama ada mereka mahu pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris diteruskan di sekolah tersebut.

Sebanyak 553 undi dikira dan 97 peratus menyokongnya. Sebanyak 1,310 kertas undi diedarkan kepada pelajar untuk diserahkan kepada ibu bapa mereka.

Sumber : Malaysiakini

Zahid kata >>>> he3...memang rakyat diutamakan la ...sesuai dengan slogan 1 Malaysia..suara rakyat diutamakan..

Zahid kata lagi >>> tapi x pham lak..knapa dasar ni nk dilupuskan n boleh wat pengeculian plak..SMK HARTAMAS nak kekalkan PPSMI sebab ibu bapa kata sekolah tu pencapaian BI dorang baik...kenapa sebelum ni, sekolah-sekolah yang prestasi BM die baik, x boleh wat pilihan nak ajar Sains dan Math dalam BM...hu3..lupa plak..prestasi diutamakan...hahaha..jgan lupa..2012 makin hampir..

Wednesday, July 8, 2009

PPSMI dimansuhkan mulai 2012

Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan sepenuhnya tiga tahun lagi, demikian diumumkan menteri pelajaran.

Tan Sri Muhyiddin Yassin itu berkata di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar dua matapelajaran itu.

Sementara sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing, tambahnya.

Pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing pada 2014.

Dasar yang diperkenalkan sejak 2003 itu mendapat semakin banyak bantahan, khususnya sejak awal tahun ini apabila sekumpulan aktivis bahasa berjaya menggerakkan ribuan orang berarak ke Istana Negara.

Dalam sidang media khas di Putrajaya, Muhyiddin berkata kabinet hari ini meluluskan cadangan strategi kementeriannya untuk memartabatkan bahasa Melayu dan memantapkan pengajaran bahasa Inggeris.

"Strategi ini dirangka berdasarkan hasil kajian dan pemantauan yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran mengenai PPSMI sejak dasar ini mula dilaksanakan pada 2003," katanya.

Muhyiddin menyebut beberapa kelemahan besar dalam PPSMI yang mendesak kerajaan mengembalikan dasar bahasa pengantar untuk pengajaran dua subjek teknikal itu.


Rentetan pelaksanaan PPSMI

Julai 2002 - Mesyuarat khas jemaah menteri, waktu itu perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meluluskan dasar baru Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

Januari 2003 - Dasar ini diperkenalkan berperingkat-peringkat dengan dimulai Tahun 1 untuk peringkat sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah untuk sekolah menengah

Januari 2007 - Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah menengah

Januari 2008 - Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah rendah

Mac 2009 - Lebih 8,000 menyertai demonstrasi membantah PPSMI dengan berarak ke Istana Negara. Ia didukung Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai oleh Datuk A Samad Said dan Datuk Dr Hassan Ahmad.

Mac 2009 - Satu kajian mendapati PPSMI hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa Inggeris tetapi sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari Sains dan Matematik.

Kajian 53 pakar bahasa itu, merumuskan dasar kontroversi tersebut "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik."

Mei 2009 - Kesemua lima Sasterawan Negara yang masih hidup menolak dasar ini - sekali gus mencipta rekod sejarah budayawan menentang dasar kerajaan tersebut.

Jun 2009 - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut mempertikaikan dasar tersebut dengan memberi amaran "jangan jadikan pelajar bahan ujian" dasar yang "jelas mempunyai pelbagai kelemahan ketara."

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pula berkata "salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya."

Julai 2009 - Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan dasar PPSMI
dimansuhkan sepenuhnya pada 2012.

sumber : malaysiakini..

Zahid Kata >>> hahaha..akhirnya bnda ni dimansuhkan jgak...tpi malangnya " dah trhantuk bru trngadah " brapa rmai dh jdi mangsa ea...nasib badan la..
zahid kata lagi >>> tahniah kepada pejuang2 bahasa dan pejuang nasib anak tempatan..kerana kalian...hasrat yang dipendam tercpai jua...GAPENA,PEMBINA dan badan2 lain..aku hrap truskan usaha kalian...
lagi2 zahid kata >>> lgi stu nk psan kat pmbaca2...jgan trtipu dgan tahun 2012 2...pastikan korang ingat...sbab maklumlah..MELAYU MUDAH LUPA....jgan smpai 3 tahun dri skang..korang lupa plak prihal pemansuhan ni ea...dalam 3 tahun ni mungkin banyak lgi isu pendidikan muncul dan lama kelamaan korang lupa pasal pemansuhan PPSMI ni...pastikan MELAYU TIDAK LUPA ye..hahaha

Tuesday, June 23, 2009

Guru di Manek Urai diseru pilih BN

Guru di Manek Urai diseru pilih BN

Jun 23, 09 5:36pm

Seramai 187 guru dan warga pendidik yang layak mengundi pada pilihanraya kecil DUN Manek Urai bulan depan diseru mengundi calon BN bagi memastikan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) berjaya dilaksanakan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata walaupun pemilihan calon merupakan hak seseorang individu, namun sokongan terhadap kerajaan akan memastikan PIPP dapat dilaksanakan demi faedah generasi masa depan.

"Kita berharap para guru dapat membantu menjayakan agenda pendidikan negara ini," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Tambahnya, kerajaan kini dalam proses untuk membina negara bangsa yang cemerlang menerusi sistem pendidikan yang maju.

"Kita juga sedang meningkatkan taraf guru dan untuk itu mereka mestilah bersama kita," Dr Mohd Puad dipetik berkata.

sumber malaysiakini

Zahid kata >>> Guru dah tua2 pun kna paksa jgak ke?
Zahid kata lagi >>> PIPP dah lama berjalan...xkan 187 guru ni baru bleh bgi kesan kat PIPP...sblum ni PIPP x brksan ke?mna demokrasi yang kite sibuk duk ajar kt budak2...mna ea? so..pada guru-guru...anda fikirlah mana yang baik k..hahaha

Sunday, June 14, 2009

fIKir-FikiRkanlah..

Ratu Cantik Indonesia tak tahu bahasa Ibunda


RATU DUNIA 2008 Ksenia Sukhinova dari Russia mengenakan mahkota kemenangan kepada Kerenina di Jakarta, kelmarin.

Kerenina perlukan penterjemah bantunya fahami soalan hakim

JAKARTA: Ratu Indonesia yang baru dimahkotakan Kerenina Sunny Halim mungkin mengagumkan ramai orang dengan kefasihannya bertutur dalam bahasa Inggeris, namun pada masa sama memeranjatkan ramai kerana kegagalannya memahami bahasa Indonesia.

Pada malam akhir pertandingan Ratu Indonesia minggu lalu, Kerenina memerlukan seorang penterjemah bagi membantunya memahami soalan hakim. Kerenina mengakui kelemahannya namun berjanji memperbaiki kemahiran bertutur bahasa ibundanya itu.

"Agak sukar bagi saya bercakap bahasa Indonesia kerana saya bertutur bahasa Inggeris setiap hari," kata wanita berdarah campuran Amerika. "Namun saya akan belajar. Indonesia adalah bahasa yang mudah, selagi kita bersedia untuk belajar."


Abang Kerenina, pelakon Steve Emmanuel (kini Yusuf Iman), mendedahkan adik perempuannya tidak terdedah kepada budaya Indonesia ketika kecil kerana beliau tidak pergi ke sekolah rasmi. "Beliau diajar di rumah," kata Steve.


"Beliau jarang bertutur bahasa Indonesia di rumah, jarang keluar rumah, jadi beliau tidak dapat mempraktikkan bahasa Indonesia."

Jelitawan berusia 23 tahun itu juga berjanji mempelajari lebih banyak mengenai budaya tempatan dalam bersiap sedia menghadapi pertandingan Ratu Cantik Dunia di Johannessburg, Afrika Selatan. "Pada ketika ini, saya tidak banyak tahu mengenai budaya Indonesia," kata teman wanita pelakon Nino Fernandez itu.

"Namun dalam tempoh enam bulan, saya akan mempelajari semuanya kerana saya mewakili Indonesia di peringkat antarabangsa."

Kerenina, yang memegang enam diploma, dalam perhubungan awam; jualan dan pemasaran; pengajaran sekolah rendah; ekonomi; seni persembahan serta muzik dan seni, memenangi pertandingan itu dengan mengalahkan dua lagi finalis, Viviane (dari Bali) dan Melati Putri Kusuma Dewi (Sumatera Barat).

Kerenina mengagumkan hakim kerana kefasihannya berbahasa Inggeris dan dianggap memenuhi kriteria pertandingan iaitu MISS: Manners (tingkah laku), Impressive (Mengagumkan), Smart (Bijak) dan Sosial. � Agensi


Zahid Kata >>> Malaysia nak ke warganegara camni ea?

Zahid kata lagi >>> Sebelum lahir sorang macam ni...baik kite buat apa yang patut....Jangan sampai dah jumpa sorang..baru nak terngaga mulut tu..hahaha

Friday, June 12, 2009

Cadangan wajib lulus MUET syarat masuk universiti

Pemuda Umno mencadangkan supaya pelajar diwajibkan lulus ujian bahasa Inggeris MUET sebagai syarat memasuki universiti tempatan.

"Ia bertujuan untuk mempertingkatkan penggunaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar sekolah dan universiti," kata Ketuanya, Khairy Jamaluddin.

Ketika ini, katanya, 70 peratus pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lulus ujian bahasa Inggeris dan 30 peratus lagi gagal dalam subjek itu.

"Mereka yang gagal itu kerana lemah dalam kefahaman bahasa Inggeris," katanya.

Pada masa ini, para mahasiswa hanya diwajibkan lulus MUET semasa pengajian untuk layak mendapatkan ijazah.

Mengenai pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), Khairy berkata, Pemuda Umno akan mendapatkan hasil kajian dari kementerian pelajaran mengenainya.

Katanya, Pemuda Umno perlu menlihat kajian yang lebih saintifik sama ada dari kumpulan yang menyokong atau menentang PPSMI.

Perlu kajian berkecuali


"Kita perlukan kajian yang berkecuali, kajian yang menyokong dan menentang dasar itu mungkin prejudis.

"Kelemahan PPSMI ialah guru-gurunya tidak dapat menyampaikan maklumat dalam bahasa Inggeris kepada pelajarnya di kawasan tertentu, kawasan luar bandar umpamanya," katanya.

Mengenai cadangan mewajibkan pelajar lulus bahasa Inggeris sebagai syarat lulus SPM, Khairy berkata, walaupun bersetuju tetapi Pemuda Umno tidak mahu ia dibuat secara terburu-buru.

Khairy berkata, kementerian pelajaran mesti menyediakan cukup guru bahasa Inggeris untuk mengajar subjek tersebut.

"Kita perlukan tenaga pengajar yang cukup dan terlatih dan kalau tidak cukup, boleh mengambil guru dari Australia dan England.

"Boleh juga mengambil guru bahasa Inggeris yang sudah bersara untuk mengajar subjek tersebut," katanya selepas mesyuarat exco pergerakan itu di ibunegara hari ini.

Khairy juga berkata, kementerian pelajaran perlu mencari kaedah untuk mempertingkatkan pendedahan kepada subjek bahasa Inggeris.

Kaedah itu, katanya, termasuk jam pertuturan yang lebih banyak dan lebih menyeluruh lagi.

sumber : Malaysiakini.com

Zahid kata >>>kali ni muet pulak..
Zahid kata lagi >>> habis bahasa melayu jadi syarat untuk apa plak ea? utk kawin je?
hahaha