Guru di Manek Urai diseru pilih BN |
Jun 23, 09 5:36pm |
Seramai 187 guru dan warga pendidik yang layak mengundi pada pilihanraya kecil DUN Manek Urai bulan depan diseru mengundi calon BN bagi memastikan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) berjaya dilaksanakan. Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata walaupun pemilihan calon merupakan hak seseorang individu, namun sokongan terhadap kerajaan akan memastikan PIPP dapat dilaksanakan demi faedah generasi masa depan. "Kita berharap para guru dapat membantu menjayakan agenda pendidikan negara ini," katanya seperti dilaporkan Bernama. Tambahnya, kerajaan kini dalam proses untuk membina negara bangsa yang cemerlang menerusi sistem pendidikan yang maju. "Kita juga sedang meningkatkan taraf guru dan untuk itu mereka mestilah bersama kita," Dr Mohd Puad dipetik berkata. sumber malaysiakini Zahid kata >>> Guru dah tua2 pun kna paksa jgak ke? Zahid kata lagi >>> PIPP dah lama berjalan...xkan 187 guru ni baru bleh bgi kesan kat PIPP...sblum ni PIPP x brksan ke?mna demokrasi yang kite sibuk duk ajar kt budak2...mna ea? so..pada guru-guru...anda fikirlah mana yang baik k..hahaha |
~aKu x PanDaI nk BersAstera @ bErMAdaH~ ~TuLisaN bLoG aKu Ni, akU Ikut SukA aKU Ape aKU Nak TuLiS~ "Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus."
Tuesday, June 23, 2009
Guru di Manek Urai diseru pilih BN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment