Ratu Cantik Indonesia tak tahu bahasa Ibunda
RATU DUNIA 2008 Ksenia Sukhinova dari Russia mengenakan mahkota kemenangan kepada Kerenina di Jakarta, kelmarin. |
Kerenina perlukan penterjemah bantunya fahami soalan hakim
JAKARTA: Ratu Indonesia yang baru dimahkotakan Kerenina Sunny Halim mungkin mengagumkan ramai orang dengan kefasihannya bertutur dalam bahasa Inggeris, namun pada masa sama memeranjatkan ramai kerana kegagalannya memahami bahasa Indonesia.
Pada malam akhir pertandingan Ratu Indonesia minggu lalu, Kerenina memerlukan seorang penterjemah bagi membantunya memahami soalan hakim. Kerenina mengakui kelemahannya namun berjanji memperbaiki kemahiran bertutur bahasa ibundanya itu.
"Agak sukar bagi saya bercakap bahasa Indonesia kerana saya bertutur bahasa Inggeris setiap hari," kata wanita berdarah campuran Amerika. "Namun saya akan belajar. Indonesia adalah bahasa yang mudah, selagi kita bersedia untuk belajar."
"Beliau jarang bertutur bahasa Indonesia di rumah, jarang keluar rumah, jadi beliau tidak dapat mempraktikkan bahasa Indonesia."
Jelitawan berusia 23 tahun itu juga berjanji mempelajari lebih banyak mengenai budaya tempatan dalam bersiap sedia menghadapi pertandingan Ratu Cantik Dunia di Johannessburg, Afrika Selatan. "Pada ketika ini, saya tidak banyak tahu mengenai budaya Indonesia," kata teman wanita pelakon Nino Fernandez itu.
"Namun dalam tempoh enam bulan, saya akan mempelajari semuanya kerana saya mewakili Indonesia di peringkat antarabangsa."
Kerenina, yang memegang enam diploma, dalam perhubungan awam; jualan dan pemasaran; pengajaran sekolah rendah; ekonomi; seni persembahan serta muzik dan seni, memenangi pertandingan itu dengan mengalahkan dua lagi finalis, Viviane (dari Bali) dan Melati Putri Kusuma Dewi (Sumatera Barat).
Kerenina mengagumkan hakim kerana kefasihannya berbahasa Inggeris dan dianggap memenuhi kriteria pertandingan iaitu MISS: Manners (tingkah laku), Impressive (Mengagumkan), Smart (Bijak) dan Sosial. � Agensi
Zahid Kata >>> Malaysia nak ke warganegara camni ea?
Zahid kata lagi >>> Sebelum lahir sorang macam ni...baik kite buat apa yang patut....Jangan sampai dah jumpa sorang..baru nak terngaga mulut tu..hahaha
No comments:
Post a Comment