Wednesday, July 29, 2009

Sigaraning


Novel sigaraning ni min yang suruh aku bca..( credit to aminah sebab bgi ak pinjam novel ni dan katanya novel ni kena ngn minda aku). Mula-mula bile dengar tajuk, rasa macam tak best dan sebab aku tak tau apa itu "sigaraning". tapi bila aku dah mula membelek dan tahu apa itu sigaraning, malunya aku sbab "sigaraning" tu merupakan bahasa keturunan mak aku..Bahasa Jawa!! yang membawa maksud "belahan".

Sigaraning - novel yang cukup indah penulisannya.kritis dan sarat dengan falsafah.Sehinggakan mahu jadi penjenayah pun ada falsafah. Aristotle,Hitler dan sebagainya turut disertakan. Pendebatan mengenai Tuhan turut dimasukkan dan hujah-hujah yang kadangkala x terlintas dek akal manusia biasa pun turut menarik minat aku untuk menelaah novel ini dengan lebih baik. Perihal manusia di Amazon yang tidak sampai dakwahnya dan mereka yang dikatakan tidak percaya dengan Tuhan akibat "bergaduh dengan tuhan"..tpi setiap hujah yang dikeluarkan untuk menangani perkara ini cukup halus dan cukup untuk wat kita brfikir tentang hubungan kite dngan Tuhan skrang. Melayu Tipikal!!! itulah yang sering penulis ( Imaen) sentuh. ..turut menyedarkan aku bahawa orang Melayu itu sendiri tidak menyokong orang Melayu dan itulah realiti yang sedang berlaku di Malaysia kini..apa yang menarik lagi pasal, isu orang Melayu dengan pembelaan hantu..betul kata penulis, orang melayu je yang berani membela hantu, bangsa lain semuanya takut nak bela hantu.cukup sinikal bagi aku..Isu perojatis, falsafah tentang cinta, kaitan lelaki dengan bola sepak,korupsi,bisnes melayu,bisnes Islam dan mcam-macam lagi membuatkan aku cepat nak hbiskan novel ni.
Satu tabik wat penulis ni!!!

novel ni menceritakan pasal Ali Imran seorang tauke bumiputera yang membuka Muslimart, tanpa sengaja telah terserempak dengan satu situasi yang membawanya kepada lembah maut. Disamping baru putus percintaan, Ali telah nekad untuk mengambil duit yang dijumpainya untuk menyelesaikan masalah gadaian tanah di kampungnya. hilang kasih terhadap Salina membawanya kepada Vivian( seorang gadis serani yang tidak percayakan tuhan dan akhirnya menyimpan perasaan kepada Ali ).Pak Tam, Ali John, Nurul, Rais dan ramai watak lagi dimunculkan untuk menghidupkan novel ni..bacalah kalau ingin tahu ye....

zahid kata >>> pasni nak penuhkan koleksi Imaen lak..
zahid kata lagi >>> rata-rata orang Melayu kena baca novel ni..brau ada kesedaran sedikit..hahahah

Monday, July 27, 2009

TunAs


Ni novel ke 3 aku bca karya Hlovate...mngisahkan pasal kehidupan waktu lalu watak Addin n Benz Alif pasal kehidupan dorg waktu sekolah dlu...bgi aku..korang kna bca novel ni dlu bru bca rentetannya kat novel aA+bB...bru nampak kesinambungannya..novel ni pun aku tengok still jd bestseller kat mane-mane kdai buku..

Tunas - kisah prangai gile-gile Addin Shah yang hampir dikelaskan sebagai penjenayah sekolah dan ckup rapat dengan rkan-rkan GT1-09( mungkin nama bilik die kot)..cukup anti dengan Mama Leha ( GPK HEM ),Eve( anak org kaya a.k.a minah salih celup ). Novel ni gak menceritakan kewujudan Magnificient 7 yang merupakan junior pada Addin.( Mags 7 n Addin saling berkolaborasi utk melakukan jnayah yang tersembunyi )hu3..n banyak lgi...dipertemukan dengan Benz Alif dan bla..bla...
Sperti biase..Hlovate x pernah lupa nak menyelitkan unsur-unsur agama dalam tulisannya..cara penerapan unsur-unsur agama dgarap dngan cara yang berbeza berbanding novel-novel Hlovate yang aku baca...kreatif!!

he3..novel ni bgi aku not bad gak sbab xde jiwang-jiwang dan banyak dengan fakta-fakta best..
facts about fizik,add maths dan macm-mcam lgi..( wat aku trgat zaman skola aku dan ustaz-ustazah aku yg ajar sume subjek2 tu..)hu3..time kasih cikgu2 ku..

bile aku bca novel ni..aku rsa khidupan sorang plajar kt asrama msti ad knangan menarik..khidupan sorang junior n khidupan sorang senior cukup menarik dan mninggalkan bnyak knangan...brgaul ngn sgala jnis org mnybabkan kite bnyak blaja psal ilmu khidupan.hu3.
dan skang sdang mnghadapi kehidupan di Asrama IPGM TAA..lgi seronok!!!!!.he3

zahid kata >>> pasni nak baca buku tetralogi laskar pelangi...tulisan andrea hindarta.dikatakan JK Rowling Asia..hu3
zahid kata lagi >>> tgu tulisan Hlovate kuar lgi, "PELANGI ", kolaborasi bersama Iman dan Nor Suraya..

Monday, July 20, 2009

aA+bB


aA+bB
ni karya kedua Hlovate yg aku baca..so far cite ni seronok r dibaca..ayat die still sempoi n bahasa yang digunakan still sma dgan karya-karya Hlovate die sebelum ni...
hu3..walaupun sibuk mnggu ni..aku ttap brjaya hbiskan novel ni ( thniah zahid)hahah.

novel ni memerihalkan pasal Addin Shah dengan Benz Alif..dua kawan yang saling mmbenci waktu sekolah dan akhirnye dijodohkan oleh kedua ibu bapa mereka..Addin sorang wanita yang ego malu untuk mengakui cinta die pada Benz Alif yang sehinggakan membawa kepada permasalahan rumah tangga dorang..tpi stlah lma duduk bersama akhirnya dpat la dorg mmbentuk rmah tangga yang bahagia..cerita ni digarap dengan baik skali..ayat-ayat sempoi..istilah-istilah perubatan,istilah kimia, bhasa sepanyol turut diselitkan..
penerapan unsur-unsur Islam juga dapat disertakan dengan unik skali..

~cinta itu jatuh dari langit atau dari hati ~ addin...

apa yg ak dpat bile bca novel ni...aku dapat tau pmpuan jgak ada ego dan kadangkala ego wanita ni lbih tinggi dari lelaki...

Wednesday, July 15, 2009

13/7 - ppismp Julai 2009

13/7/2009....IPGM KTAA menerima lgi khadiran 164 orang guru platih baru..so apepun aku ucapkan selamat datang la pada korang...hope korang jadi ckgu yg trbaik dan timba semua ilmu dan pengalaman kat sini..

yang atas tu mukadimah je,biaselah..mukadimah mesti dimulakan dengan ayat-ayat manis, macam makan buah manis sblum mnyuap nasi ke mulut...mcam 2 la analogi nye..kali ni aku trlibat scara langsung dengan minggu pengurusan pelajar baru 2009..mungkin sebab ak yang gatal kot nak libatkan diri dan buat gimik nak cari teman bagi diri yang kesepian...tapi 2 sume hanya retorik smata-mata k..ak xde niat pun nak cari-cari awek ni..hahaha

dah 2 hari brlangsung MPPB dan trnyata 2 hari ni mmang mngecwakan rmai AJK yang terlibat..ada yang dimaki oleh ibu bapa pada hari prtama pndftaran..ada desas-desus mngatakan adik-adik ni "kerek", manja dan macam-macam lagi la yang negatif ( beselah...kalo positif orang xkan mengata dan xkan terus berkata-kata ).. ada pulak trpaksa menadah gegendang telinga semata-mata nak dengar rintihan ibu bapa yang mungkin trlalu syangkan ank-anak mreka...so kepada AJK2 sume bersabarlah ye...


dan aku? hanya brtugas sbgai pnjga dan pnghbis mkanan yang setia brsama Hafidz Zaini dan Nadia Sabri ( 2 rkan kerja yang cukup komited ),,he3..mmanggil adik2 utk mkan dan ada kalanya macam mengejar peragut smata-mata nak paksa dorang makan..macam-macam..

skang..dorang pun ad tugas baru."MENCARI TANDATANGAN AJK "...brmacam-macam plan dan ideologi yang keluar dri segala benak pemikiran dorang...dan nyatalah..ideologi 2 bukan nye yang indah belaka...mungkin mnjadi mimpi ngeri pada "adik-adik" ni..dan ideologi aku plak? trnyata lg kejam dan menggerunkan..hahaha..wait n c..

2 jela catatan aku...utk dua hari ni..hrap-harap.. "adik-adik( adik ke?usia pun dh lanjut dh tu...jdilah mtang skit) ni akan tnjuk kan prestasi yg baik spanjang MPPB ni..

Zahid kata >>> tahniah pada Calon pas, Mohd Fauzi yang berjaya mngekalkan kerusi PAS kat Manek Urai..walaupun dikatakan tidak brpendidikan..mungkin keperibadian anda menambat sume pengundi di sana..walaupun majoriti skit..tetap dikira pemenang k..TAHNIAH
Zahid kata lagi>>> Menanti masa utk menghbiskan nocel aA+bB...

Sunday, July 12, 2009

Kuala Lumpur 11/7/2009..

11/7 /2009
Rupanya dah 11 hari dah bulan 7 berlalu dan tarikh 11/7 ni merupakan hari ke 4 selepas elaun masuk...so guru-guru pelatih IPGM TAA jadilah orang kaya sekejap...macam-macam perangcangan yang aku dengar dorang nak wat...aku plak?..cuma plan ke KL n shoping dan habiskan duit..

apa yang aku dapat kat KL?
macam-macam aku dapat kat KL ni..bukan stakat shoping je malah tgok ragam kehidupan warga bndar ( yang katanya lebih up to date dri org kmpung )...so dstinasi aku prtamanya Mid Valley sbab nk jmpa akk aku n kawan ak kat sini ( terima kasihla kat mereka ni sbab tman aku kat KL )..so aku pegi MPH nk cari novel2 HLOVATE dan apa yang memeranjatkan aku...msih ad lgi ulat-ulat buku kat Malaysia ni...sanggup duk kat atas lantai n membaca kat dalam MPH..mmang ak bangga ar ad rkyat Malaysia yang cintakan buku camni...x kirelah buku apa yang dorang baca pun...tpi yang penting dorang msh ad smngat utk mmbca..hu3...aku rsa sikap ni kna pupuk r...sbab skang ni bnyak anak2 muda yang kurang mmbca n kurang pngthuan am ( trmasuklah aku)hahaha...

lpas 2..aku jmpa stu lgi ragam manusia yang pelik...cakap kat telefon di khalayak ramai dgan kuat n mmbincangkan isu pribadi...kalau ye pun awak 2 open minded..xyahla smpai nk cakap macam wat announcement kat public..ak n kawan aku dgar pun gelak je..hu3...mungkin lifestyle orang bandar yang xpernah kisah antra satu sma lain kot..

banyak lagi la ragam kehidupan orang kat KL ni..bak kata pepatah..BANYAK ORANG BANYAK RAGAM...so apa2 pun...sumenye brgantung pada diri..sama ada nk brubah bile jejak je hutan batu ni..or msih kekalkan imej dan prsonaliti yang sama...

Zahid kata >>> tq pada insan yang blanja ak mkan sizzling...( first time 2 ).he3
ZAhid kata lagi >>> tgu ulasan karya2 HLOVATE dri aku...dlam proses ni..

Wednesday, July 8, 2009

PPSMI dimansuhkan mulai 2012

Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan sepenuhnya tiga tahun lagi, demikian diumumkan menteri pelajaran.

Tan Sri Muhyiddin Yassin itu berkata di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar dua matapelajaran itu.

Sementara sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing, tambahnya.

Pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing pada 2014.

Dasar yang diperkenalkan sejak 2003 itu mendapat semakin banyak bantahan, khususnya sejak awal tahun ini apabila sekumpulan aktivis bahasa berjaya menggerakkan ribuan orang berarak ke Istana Negara.

Dalam sidang media khas di Putrajaya, Muhyiddin berkata kabinet hari ini meluluskan cadangan strategi kementeriannya untuk memartabatkan bahasa Melayu dan memantapkan pengajaran bahasa Inggeris.

"Strategi ini dirangka berdasarkan hasil kajian dan pemantauan yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran mengenai PPSMI sejak dasar ini mula dilaksanakan pada 2003," katanya.

Muhyiddin menyebut beberapa kelemahan besar dalam PPSMI yang mendesak kerajaan mengembalikan dasar bahasa pengantar untuk pengajaran dua subjek teknikal itu.


Rentetan pelaksanaan PPSMI

Julai 2002 - Mesyuarat khas jemaah menteri, waktu itu perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meluluskan dasar baru Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

Januari 2003 - Dasar ini diperkenalkan berperingkat-peringkat dengan dimulai Tahun 1 untuk peringkat sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah untuk sekolah menengah

Januari 2007 - Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah menengah

Januari 2008 - Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah rendah

Mac 2009 - Lebih 8,000 menyertai demonstrasi membantah PPSMI dengan berarak ke Istana Negara. Ia didukung Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai oleh Datuk A Samad Said dan Datuk Dr Hassan Ahmad.

Mac 2009 - Satu kajian mendapati PPSMI hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa Inggeris tetapi sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari Sains dan Matematik.

Kajian 53 pakar bahasa itu, merumuskan dasar kontroversi tersebut "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik."

Mei 2009 - Kesemua lima Sasterawan Negara yang masih hidup menolak dasar ini - sekali gus mencipta rekod sejarah budayawan menentang dasar kerajaan tersebut.

Jun 2009 - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut mempertikaikan dasar tersebut dengan memberi amaran "jangan jadikan pelajar bahan ujian" dasar yang "jelas mempunyai pelbagai kelemahan ketara."

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pula berkata "salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya."

Julai 2009 - Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan dasar PPSMI
dimansuhkan sepenuhnya pada 2012.

sumber : malaysiakini..

Zahid Kata >>> hahaha..akhirnya bnda ni dimansuhkan jgak...tpi malangnya " dah trhantuk bru trngadah " brapa rmai dh jdi mangsa ea...nasib badan la..
zahid kata lagi >>> tahniah kepada pejuang2 bahasa dan pejuang nasib anak tempatan..kerana kalian...hasrat yang dipendam tercpai jua...GAPENA,PEMBINA dan badan2 lain..aku hrap truskan usaha kalian...
lagi2 zahid kata >>> lgi stu nk psan kat pmbaca2...jgan trtipu dgan tahun 2012 2...pastikan korang ingat...sbab maklumlah..MELAYU MUDAH LUPA....jgan smpai 3 tahun dri skang..korang lupa plak prihal pemansuhan ni ea...dalam 3 tahun ni mungkin banyak lgi isu pendidikan muncul dan lama kelamaan korang lupa pasal pemansuhan PPSMI ni...pastikan MELAYU TIDAK LUPA ye..hahaha

KemAtiAN Michael Jackson???


hmm...25 jun 2009 pergilah sorang bintang dalam dunia hiburan..dan tanggal 7.7.2009 brsemadilah die di satu alam lain yang kekal selamanya..

apa yang aku tau psal Michael Jackson ni...sorang kanak-kanak yang pernah didera oleh bapanya sendiri sehinggakan dalam wasiat yg dibuat..xde langsung nma bpak die...ad 3 orang anak dn ank2 2 msih diragukan kesahihannya...pernah dikaitkan dengan jenayah seksual kanak-kanak dan dibebaskan dri prtuduhan 2...mlakukan pmbdahan plastik dan bla...bla..bla...genap 50 tahun die kat muka bumi ni..

hebatnya penangan sorang bintang hiburan di muka bumi ni sampai terpaksa menangguhkan pengebumian sampai lebih sminggu mayat dibiarkan..isu wasiat, kaedah pengebumian mnjadi isu hangat di serata dunia..sehinggakan ada yang menyatakan proses pengebumian Michael Jackson ni ibrat stu prsmbhan trkahir dri bintang 2...hu3..kranda dibuat dri gangsa tulen dan disadur emas..dan brmacam-macam lagi...hebatnya kuasa sorang bintang hiburan kat dunia ni...

mengenai agama Michael Jackson turut menjadi isu..Keislaman dia pun turut diragukan....ksian pulak bile jdi kes macam ni..

apa yang aku nmpak pada kes ni..benarlah..hiburan ni mampu mmbwa pengaruh bsar pada orang ramai...bkan ak nk bgi pndangan skeptikal ak pda dunia hiburan ni..tapi cuma terfikir ...apa sngat sumbngan penyanyi-penyanyi ni pada dunia sehinggakan pmrgiannya diratapi mengalahkan puteri diana dan orang-orang lain kat dunia ni...mungkin 2 la lumrah kehidupan seorang anak seni...ada jgak desas-desus yang mengatakan mereka ni dah hidup senang kat dunia dulu, dan bile die mati bru nmpak susahnya mereka..betul ke? trpulang pada pemikiran korang nak pikir camne..

dan kalo benar Michael Jackson( mikail) 2 islam..moga Allah mencucuri rahmat pada dirinya...biarlah seketika pun...sempat jugak die mnerima dan merasai nikmat iman dan nikmat islam 2..( 2pun kalo benar2 die memeluk Islam la.)