Wednesday, July 29, 2009

Sigaraning


Novel sigaraning ni min yang suruh aku bca..( credit to aminah sebab bgi ak pinjam novel ni dan katanya novel ni kena ngn minda aku). Mula-mula bile dengar tajuk, rasa macam tak best dan sebab aku tak tau apa itu "sigaraning". tapi bila aku dah mula membelek dan tahu apa itu sigaraning, malunya aku sbab "sigaraning" tu merupakan bahasa keturunan mak aku..Bahasa Jawa!! yang membawa maksud "belahan".

Sigaraning - novel yang cukup indah penulisannya.kritis dan sarat dengan falsafah.Sehinggakan mahu jadi penjenayah pun ada falsafah. Aristotle,Hitler dan sebagainya turut disertakan. Pendebatan mengenai Tuhan turut dimasukkan dan hujah-hujah yang kadangkala x terlintas dek akal manusia biasa pun turut menarik minat aku untuk menelaah novel ini dengan lebih baik. Perihal manusia di Amazon yang tidak sampai dakwahnya dan mereka yang dikatakan tidak percaya dengan Tuhan akibat "bergaduh dengan tuhan"..tpi setiap hujah yang dikeluarkan untuk menangani perkara ini cukup halus dan cukup untuk wat kita brfikir tentang hubungan kite dngan Tuhan skrang. Melayu Tipikal!!! itulah yang sering penulis ( Imaen) sentuh. ..turut menyedarkan aku bahawa orang Melayu itu sendiri tidak menyokong orang Melayu dan itulah realiti yang sedang berlaku di Malaysia kini..apa yang menarik lagi pasal, isu orang Melayu dengan pembelaan hantu..betul kata penulis, orang melayu je yang berani membela hantu, bangsa lain semuanya takut nak bela hantu.cukup sinikal bagi aku..Isu perojatis, falsafah tentang cinta, kaitan lelaki dengan bola sepak,korupsi,bisnes melayu,bisnes Islam dan mcam-macam lagi membuatkan aku cepat nak hbiskan novel ni.
Satu tabik wat penulis ni!!!

novel ni menceritakan pasal Ali Imran seorang tauke bumiputera yang membuka Muslimart, tanpa sengaja telah terserempak dengan satu situasi yang membawanya kepada lembah maut. Disamping baru putus percintaan, Ali telah nekad untuk mengambil duit yang dijumpainya untuk menyelesaikan masalah gadaian tanah di kampungnya. hilang kasih terhadap Salina membawanya kepada Vivian( seorang gadis serani yang tidak percayakan tuhan dan akhirnya menyimpan perasaan kepada Ali ).Pak Tam, Ali John, Nurul, Rais dan ramai watak lagi dimunculkan untuk menghidupkan novel ni..bacalah kalau ingin tahu ye....

zahid kata >>> pasni nak penuhkan koleksi Imaen lak..
zahid kata lagi >>> rata-rata orang Melayu kena baca novel ni..brau ada kesedaran sedikit..hahahah

No comments:

Post a Comment