Friday, June 19, 2009

Gapena syor 8 syarat BI subjek wajib lulus

KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) mengemukakan lapan syarat kepada Kementerian Pelajaran untuk dipertimbangkan sebelum syarat wajib lulus Bahasa Inggeris (BI) bagi mendapatkan sijil penuh dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dilaksanakan.

Ketua 1 Gapena, Prof Emeritus Tan Sri Dr Ismail Hussein, berkata pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ialah satu daripada lapan syarat itu dan syor mengenainya dihantar ke pejabat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran, semalam.

“Lapan syarat itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Gapena. Ia turut merangkumi syarat bahasa Melayu kekal sebagai pengantar bagi pendidikan awal sehingga pengajian tinggi, tenaga pengajar BI mesti mencukupi, berpengetahuan tinggi dalam strategi pengajaran dan pembelajaran, berketerampilan serta sedia berkhidmat di luar bandar.


Prasarana dan kemudahan alat bantuan mengajar termasuk makmal bahasa juga perlu mencukupi terutama di luar bandar serta Bahasa Melayu (BM) diwajibkan lulus peringkat kredit untuk mendapat sijil penuh SPM,” katanya.

Beliau berkata demikian di Rumah Gapena di sini, yang turut dihadiri Setiausaha Gapena, Prof Madya Datuk Zainal Abidin Borhan dan Ahli Jawatankuasa Gapena, Datuk A Aziz Deraman.

Ismail berkata, syarat lulus ujian kelayakan, Malaysian University English Test (MUET) untuk masuk ke pusat pengajian tinggi perlu dibatalkan bagi pelajar yang sudah lulus BI peringkat SPM, manakala Kesusasteraan Kebangsaan dan Sejarah, dijadikan mata pelajaran wajib semua aliran.

Zainal Abidin berkata, Gapena berharap syarat wajib lulus BI perlu diselesaikan tanpa ada pihak yang akan marah atau kecewa dan ini dapat dipenuhi dengan turut memastikan sekolah luar bandar diberi guru terbaik serta terlatih agar penguasaan BI meningkat.

A Aziz berkata, pelaksanaan syarat wajib lulus itu tidak boleh dibuat secara tergopoh-gapah seperti pelaksanaan PPSMI, sebaliknya kementerian perlu memberi perhatian terhadap persediaan setiap guru dan kelengkapan alat bantuan mengajar terutama di sekolah luar bandar.

Sumber : Berita harian, 19/6/09

zahid kata >>> hahah..tuntulah slagi boleh tuntut....kite tgu je hasil tuntutan ni..sama ada dipandang serius atau buat acuh x acuh..Sebab sebelum ni macam-macam pungutan suara di buat..macam 2 agenda di gembar-gemburkan..tapi still xde peubahan...

zahid kata >>> dah bosan dengan jawapan ..."masih dalam kajian dan perbincangan"

No comments:

Post a Comment