Friday, June 12, 2009

2009 : fAsA sEteRusnYa


bulan Jun 2009 : fasa kedua 2009 bermula..
apa yg aku rasa? setakat ni takde isu-isu yang boleh dibanggakan yang berlaku di Malaysia..3 april _ Najib angkat sumpah, 7 Mei - Peristiwa Sidang DUN dekat Perak...isu H1N1..perhimpunan agung UMNO...isu ragut dan rempit ( sekarang "samseng jalanan" ), PPSMI ditentang hebat, Manohara, kegawatan ekonomi, pakej rangsangan yang pelbagai, kabinet baru, Diana Danielle pegi PKN ( isu yang remeh tapi dititikberatkan jugak), proton exora kuar ( walaupun proton dah semakin hilang bahasa kebangsaan dalam jenama keretanya ) dan bla..bla..bla..

so fasa kedua 2009 ni mcamana pulak..adakah si pemimpin akan terus dengan 1Malaysia nya..adakah si samseng jalanan akan terus dengan budaya samseng nya...adakah ahli politik akan terus dengan turun naik mahkamah mereka...adakah pencinta bahasa akan terus dengan penentangan nya...adakah sukan malaysia masih di takuk lama walaupun gah di media dengan pelbagai program pembangunan...adakah malaysia akan terus dihamparkan dengan pilihan2 raya kecik yang menjadi medan pungutan suara rakyat..adakah penganggur-penganggur akan terus menggangur dek kegawatan ekonomi...so persoalan-persoalan ni sapa yang nak jawab...biarlah masa menentukan..ALLAH pun ad cakap...ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kalo mereka sendiri yang tak berusaha untuk berubah.. WAIT N C je la..

aku pun xtau apa yang akan aku hadapi pada fasa 2 2009...

zahid kata >>> tahniah pada Atiqah Liyana binti Zainol ( dak TESL IPDA )sebab lulus pekse..dak kcik yang mereng tapi pandai...
zahid kata lgi >>> bersedia untuk sem ke 4 di IPGM TAA..hahaha

Cadangan wajib lulus MUET syarat masuk universiti

Pemuda Umno mencadangkan supaya pelajar diwajibkan lulus ujian bahasa Inggeris MUET sebagai syarat memasuki universiti tempatan.

"Ia bertujuan untuk mempertingkatkan penggunaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar sekolah dan universiti," kata Ketuanya, Khairy Jamaluddin.

Ketika ini, katanya, 70 peratus pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lulus ujian bahasa Inggeris dan 30 peratus lagi gagal dalam subjek itu.

"Mereka yang gagal itu kerana lemah dalam kefahaman bahasa Inggeris," katanya.

Pada masa ini, para mahasiswa hanya diwajibkan lulus MUET semasa pengajian untuk layak mendapatkan ijazah.

Mengenai pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), Khairy berkata, Pemuda Umno akan mendapatkan hasil kajian dari kementerian pelajaran mengenainya.

Katanya, Pemuda Umno perlu menlihat kajian yang lebih saintifik sama ada dari kumpulan yang menyokong atau menentang PPSMI.

Perlu kajian berkecuali


"Kita perlukan kajian yang berkecuali, kajian yang menyokong dan menentang dasar itu mungkin prejudis.

"Kelemahan PPSMI ialah guru-gurunya tidak dapat menyampaikan maklumat dalam bahasa Inggeris kepada pelajarnya di kawasan tertentu, kawasan luar bandar umpamanya," katanya.

Mengenai cadangan mewajibkan pelajar lulus bahasa Inggeris sebagai syarat lulus SPM, Khairy berkata, walaupun bersetuju tetapi Pemuda Umno tidak mahu ia dibuat secara terburu-buru.

Khairy berkata, kementerian pelajaran mesti menyediakan cukup guru bahasa Inggeris untuk mengajar subjek tersebut.

"Kita perlukan tenaga pengajar yang cukup dan terlatih dan kalau tidak cukup, boleh mengambil guru dari Australia dan England.

"Boleh juga mengambil guru bahasa Inggeris yang sudah bersara untuk mengajar subjek tersebut," katanya selepas mesyuarat exco pergerakan itu di ibunegara hari ini.

Khairy juga berkata, kementerian pelajaran perlu mencari kaedah untuk mempertingkatkan pendedahan kepada subjek bahasa Inggeris.

Kaedah itu, katanya, termasuk jam pertuturan yang lebih banyak dan lebih menyeluruh lagi.

sumber : Malaysiakini.com

Zahid kata >>>kali ni muet pulak..
Zahid kata lagi >>> habis bahasa melayu jadi syarat untuk apa plak ea? utk kawin je?
hahaha

Thursday, June 11, 2009


Perbezaan Sifat Lelaki dan Perempuan

(L) Mempunyai ego tersendiri yg menyebabkan sukar menerima pertolongan org lain dan pandangan org lain terutama sekali pasangannya.
(P) Mudah menerima dan terpengaruh dgn pandangan org lain lebih2 lagi dgn org yg dicintainya.

(L) Sekiranya mengalah, menunjukkan tanda tidak bermaruah atau berprinsip.
(P) Mengalah tanda sayang dan pengorbanan yg tidak berbelah bagi.

(L) Menilai kejayaan dan diri berdasarkan hasil atau prestasi yg berlaku didepan mata.
(P) Seringkali menilai diri berdasarkan perasaan dan kualiti hubungan sesama manusia terutamanya org yg disayangi.

(L) Suka menyendiri dan menjauhkan siri apabila berada dlm keadaan tertekan.
(P) Suka bercerita kpd org lain tentang masalah yg sedang dihadapi dgn harapan mendapat simpati.

(L) Mempunyai emosi spt getah iaitu sesuatu perasaan itu hanya sekejap shj.
(P) Mempunyai emosi seperti ombak iaitu suatu perasaan yg lambat reda.

(L) Biasanya suka memberi arahan bersifat ketua yg mempunyai kuasa.
(P) Suka berleter mengenai sesuatu perkara sehingga puas hati.

(L) Bersikap pemurah atau boros.
(P) Bersifat kedekut atau berjimat.

(L) Mempunyai fikiran yang bersifat makro iaitu melihat secara keseluruhan.
(P) Mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci.

(L) Tidak fokus kepada sesuatu perkara
(P) Fokus kepada sesuatu perkara.

(L) Mempunyai perasaan cinta yang setia dan lebih fleksibel.
(P) Cinta sepenuh hati dan setia pd yg satu.

(L) Suka menyendiri dan berdiam diri apabila imej tergugat
(P) Mudah marah, cemburu atau merajuk apabila imej tergugat.

(L) Bila berkomunikasi kurang teliti mendengar tapi cepat memberi pendapat.
(P) Mendengar dgn teliti sebelum membuat sesuatu keputusan.

(L) Lebih banyak menumpukan kepada aspek fizikal dan kebendaan.
(P) Lebih menumpukan aspek perasaan dan kemanusiaan

(L) Meminta bantuan kerana malas atau tidak berupaya.
(P) Meminta dan memberi bantuan sebagai tanda sayang dan hendak bermanja.

(L) Akan melawan dan menjauhkan diri dan membisu seribu bahasa apabila berlaku pertengkaran.
(P) Biasanya mengalah dan berpura-pura setuju dengan pasangannya.

(L) Tidak suka bercakap tentang pasangannya
(P) Suka bercerita tentang pasangannya dan menghormatinya

(L) Agak keberatan meminta maaf
(P) Lebih mudah meminta maaf

(L) Dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran
(P) Risau apabila menghadapi kesukaran

(L) Suka MEMBUAT keputusan
(P) Suka MENGIKUT keputusan

(L) Terasa selesa berjauhan dgn keluarga
(P) Suka bersama keluarga

(L) Berfikir jangka panjang dalam pelbagai perkara, penyelesaian untuk kebaikan jangka panjang
(P) Berfikir cara pendek yang lebih hanya untuk selesaikan sesuatu cara dengan cepat
Zahid kata >>> hu3 aku lelaki.. Zahid kata lagi >>> betul kot....setiap perkara ada yang baik ada yang buruk

RooFtOp RaNt - hlovate


cuti ni sempat gak aku baca novel ni...tak tau nape..tibe2 aku minat pulak layan novel-novel ni...bosan kot...
kira ok r dari tengok tv yang ntah pape cite 2..

novel ni hlovate yang tulis...Bagi aku best jgak novel ni..( tq kat min kecik) sebab introduce aku novel ni...kisah pasal 2 orang bermasalah jade ( mohd zaid ) dan trisy ( batrisya ).Masing-masing ada masalah masing-masing diketemukan kat atas bumbung ( rooftop rant )..kt sini jade jdi org yang paling rapat dengan trisy...bermula dari sini cerite ni bermula..

~suatu relationship bukan hanya termaktub dalam fasa cinta asyik maksyuk. Bukan hanya bersandar pada Physical contact. Bukan hanya didefinisikan oleh kata-kata cinta bersadur gula,madu,aspartame atau saccharine yang manis-manis. Bukan hanya yang datang dari mata lalu turun ke hati. Bukan kerana hantaran bunga-bunga dan teddy bear kepada dara daripada si lelaki.Teras kepada suatu relationship itu sebenarnya lebih dalam daripada kata-kata yang boleh diluahkan di lidah. Sesuatu yang dikongsi.Relationship itu suatu perkongsian.Perkongsian by all the sensesof the word....hlovate.~

zahid kata >>> stail ar novel ni..simple but meaningful
zahid kata lagi >>> ak akan terus membaca dan membaca...
hahahha

BahAsa InGgeris ? PPSMI?



zahid kata >>>

Sekarang tengah hangat isu "wajib lulus bahasa inggeris dalam SPM "..macam-macam blog dan forum dah aku tengok pasal isu ni..ada yang membantah, ada yang menyokong...dan tak kurang juga ada yang mengatakan benda ni nak dijadikan bahan untuk mengaburi mata bagi projek PPSMI...ntahala itu dorang yang kata..aku baca dan aku sekadar tengok je...nak cakap lebih-lebih..aku ni sape..

baru sekejap 10 subjek dalam spm jadi isu hangat...lepas tu timbul pulak isu wajib lulus inggeris...kesian budak2 yang tengah belaja sekarang...tak tenang pikirkan isu-isu yang dipropagandakan oleh yang berhak....takpe..korang tak payah risau k...sebab yang cipta polemik ni akan berbincang dengan mak bapak korang pasal hal ni...so pujuk la mak bapak korang untuk kesenangan korang...walaupun ada mulut berbicara yang katanya ..."ala lulus je...bkan suh dapat A pun"...

Zahid kata lagi >>>.

lepas ni aku nak syorkan pulak...Pendidikan Agama Islam jadi subjek wajib lulus SPM bagi yang amik subjek 2...

HAHAHAHA

MeLaYu???


Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun

Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua´alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

Usman Awang

zahid kata >>>> orang melayu kena baca puisi ni..
zahid kata lgi >>> lepas baca fikirkanlah ye..
lgi-lgi zahid kata >>> melayu sekarang macam ni ke?

CoRetAn PerTaMa

Hu3..
ZaHid Musa Ad Blog???
agak tak percaya yang aku pun boleh produce blog sendiri..

so kat blog ni aku nk luahkan kritikan,pandangan aku terhadap macam-macam yang aku tengok,dengar, baca,rasa ( ni kata-kata yang dipetik dari ayu )he3..

sementara berpeluang ada internet kat rumah ni..aku boleh ar update aku nye blog selalu..