Friday, June 19, 2009

SepI???


ZahId kaTA >>>

Arini Nazwa Osman ( wa atau mkcik ) ckap yang layout ak ni macam orang sepi je..he3..memandai je kot die 2...aku kesepian ke ? Xtau nak cakap..sebab aku percaya sume manusia kat dunia ni pernah rasa apa itu sepi..sepi sebab xde benda yang nak dibuat...sepi sbab xde teman nak borak...sepi sebab macam-macam lagi.n bla..bla..bla..tapi bila cakap pasal sepi ni,mentaliti orang sering dikaitkan ngan xde awek la dan sewaktu dengannya ( lagi-lagi kamil yang sering gunakan ayat " macam orang mati bini" )

tapi bayangkan macamana kalo kite hidup tnpa sikit pun ruang untuk brsendirian, ruang untuk privasi dan ruang untuk menyepi....aku rase cam x menarik la pentas kehidupan kite kalo xde sume tu...kehidupan yang diwarnai dengan episod drama stu babak je...

Zahid kata lagi >>>

walaupun itu yang aku rasa pasal SEPI ni...aku bukanlah orang yang selalu sepi..aku stil ad kawan yang bleh gelak ketawa...ad kawan yang leh susah brsma...n ada family yang baik...sepi tu tetap ada tpi ada jugak perkara yang boleh tutup sume kesepian 2...

hahaha..aku pun xtau apa aku ngarut ni...

Wednesday, June 17, 2009

RagAm KeHidupAn....


17/06/2009


Arini aku nak cakap pasal apa yang terjadi pada akak aku ( noorasyikin bti musa) dan layanan diberikan oleh sorang kakitangan kerajaan pada dia.. Akak aku gi la pejabat pendaftaran segamat ( tempat orang wat sijil lahir n bla...bla...bla) sebab nak sahkan sijil-sijil dan dokumen die.. dan sesampainya kat pejabat tu dia dah macam hilang arah tuju...tiada kaunter pertanyaan dan apabila berurusan dengan sorang kakitangan pejabat 2, kakitangan pejabat 2 boleh pulak bergayut kat talipon dan sembang yang akak aku rasa bukan dalam bidang kerjanya..macam 2 ke polisi sorang KAKITANGAN KERAJAAN melayan pelanggan nya...bkan ke dah digariskan pelbagai polisi mcamana nak melayan pelanggan.. Ok setel pulak yang itu, akak aku macam diperkotak katikkan pulak...hmm..macam2 kerenah...mungkin sebab akak aku muda dan x berpakaian kemas macam sorang pegawai kerajaan..sebab tu wat acuh x acuh je kot...

bukan nak komplen pe..brsyukur la awak tu dah dapat kerja dan kalo dah takde keje sangat, xyahla wat cam2 depan pelanggan...kak oi..ramai lagi orang nak kerje skarang..cuba fikir kalo awak 2 duduk di tempat pelanggan dan dilayan macam 2..
aku rasa cuma segelintir je kot yang macam 2...xpe r...amik iktibar k..

zahid kata >>> janganlah mencemarkan institusi kerajaan zahid kata lagi >>> tahniah r pada member aku AZRI Bin ATAN sebab dapat 3.79 dlam pekse die..kekalkan bro..hu3..

AkU SAyanG BaHAsa MeLayu!!!

bHAsa KEbAngSaaN BaHAsaa RasMi TunGgAl!!

InspIrAsi...

Ada sorang cikgu pompuan yg mengajar B. Inggeris utk thn 1. Dia bagi assignment kat murid-murid suruh cari 3 perkataan Inggeris dan kemukakan pada hari isnin nanti.

Ada sorang anak murid cikgu itu pun berjalan balik kerumah. Dalam perjalanan balik, dia nampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada satu sama lain. Dia terdengar lelaki tu menyergah "Shut up you !!". Sampai rumah dia tanya bapa dia, "'shut up you' tu bahasa Inggeris ke?" Bapa dia kata, iye. Dapat dah satu perkataan, ingat budak tu.

Lepas mandi dan makan, dia tengok tv cerita Superman. Masa Superman nak terbang dia kata "Superman !!!" dia tanya bapa dia lagi, "'superman' tu bahasa inggeris jugak ke" dan bapa dia kata "yes". Dua perkataan dah, kata budak tu. Lepas tengok tv, dia ke perpustakaan. Dia nampak ada sorang lelaki dan sorang pompuan sedang bertengkar berebut buku. Pompuan itu kata "Ladies first".

Balik rumah dia tanya lagi dan bapa dia kata itupun bahasa inggeris. Ah, leganya kata budak itu.

"aku dah dapat carik ke semua perkataan B.I tu!!
Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu tanya dia tentang perkataan baru.
Cikgu: "OK boy, did you get the words?"
Budak: "Yes, teacher".
Cikgu: "Good, what is your first word?"
Budak "Shut up you!!"
Cikgu: "What did you say? Are you mad? Who do you think you are?
Budak: " Superman !!!"
Cikgu: "Bloody fool! Get out from this class!"
Budak: "Ladies First!!"


zahid kata >>> hahaha
Zahid kata >>> agak2 lulus ke spm budak ni?

Tuesday, June 16, 2009

Aku RasA...

zahid kata >>>

semalam ak dpat komen kt fs yang menyatakan blog aku ni macam blog pendidikan...( ni sume kata-kata malik yang tgah bengang kt aku kot) dan kata dia blog ak x macam blog pribadi...

hey kawan, ni dah kira pribadi la ni..aku menyatakan apa yang aku rasa trhadap semua perkara yang berlaku dekat sekeliling aku...ini blog k..stu medium untuk kite meluahkan pendapat kite..
aku x anggap blog aku ni macam diari sampai sume hal aku aku kna tulis kat sni n jdi tatapan public...

zahid kata lagi >>>

ak akan sentiasa menulis dan menulis..biar x bebunga ayat 2..tpi yang penting aku puas!!haha

Sunday, June 14, 2009

" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA"

Kelebihan senyum...
1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :
" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".

Zahid kata >>> Post ni aku tjukan khas pada someone yang mmang prlukan senyum dalam diri die..
Zahid kata lagi >>> Aku harap pas die baca ni..die jadikan senyum tu sebagai slah satu dlam kehidupan dia...he3 =) ( jangan gelak pulak..nanti gelap hati)

fIKir-FikiRkanlah..

Ratu Cantik Indonesia tak tahu bahasa Ibunda


RATU DUNIA 2008 Ksenia Sukhinova dari Russia mengenakan mahkota kemenangan kepada Kerenina di Jakarta, kelmarin.

Kerenina perlukan penterjemah bantunya fahami soalan hakim

JAKARTA: Ratu Indonesia yang baru dimahkotakan Kerenina Sunny Halim mungkin mengagumkan ramai orang dengan kefasihannya bertutur dalam bahasa Inggeris, namun pada masa sama memeranjatkan ramai kerana kegagalannya memahami bahasa Indonesia.

Pada malam akhir pertandingan Ratu Indonesia minggu lalu, Kerenina memerlukan seorang penterjemah bagi membantunya memahami soalan hakim. Kerenina mengakui kelemahannya namun berjanji memperbaiki kemahiran bertutur bahasa ibundanya itu.

"Agak sukar bagi saya bercakap bahasa Indonesia kerana saya bertutur bahasa Inggeris setiap hari," kata wanita berdarah campuran Amerika. "Namun saya akan belajar. Indonesia adalah bahasa yang mudah, selagi kita bersedia untuk belajar."


Abang Kerenina, pelakon Steve Emmanuel (kini Yusuf Iman), mendedahkan adik perempuannya tidak terdedah kepada budaya Indonesia ketika kecil kerana beliau tidak pergi ke sekolah rasmi. "Beliau diajar di rumah," kata Steve.


"Beliau jarang bertutur bahasa Indonesia di rumah, jarang keluar rumah, jadi beliau tidak dapat mempraktikkan bahasa Indonesia."

Jelitawan berusia 23 tahun itu juga berjanji mempelajari lebih banyak mengenai budaya tempatan dalam bersiap sedia menghadapi pertandingan Ratu Cantik Dunia di Johannessburg, Afrika Selatan. "Pada ketika ini, saya tidak banyak tahu mengenai budaya Indonesia," kata teman wanita pelakon Nino Fernandez itu.

"Namun dalam tempoh enam bulan, saya akan mempelajari semuanya kerana saya mewakili Indonesia di peringkat antarabangsa."

Kerenina, yang memegang enam diploma, dalam perhubungan awam; jualan dan pemasaran; pengajaran sekolah rendah; ekonomi; seni persembahan serta muzik dan seni, memenangi pertandingan itu dengan mengalahkan dua lagi finalis, Viviane (dari Bali) dan Melati Putri Kusuma Dewi (Sumatera Barat).

Kerenina mengagumkan hakim kerana kefasihannya berbahasa Inggeris dan dianggap memenuhi kriteria pertandingan iaitu MISS: Manners (tingkah laku), Impressive (Mengagumkan), Smart (Bijak) dan Sosial. � Agensi


Zahid Kata >>> Malaysia nak ke warganegara camni ea?

Zahid kata lagi >>> Sebelum lahir sorang macam ni...baik kite buat apa yang patut....Jangan sampai dah jumpa sorang..baru nak terngaga mulut tu..hahaha