Monday, August 31, 2009

Hari Kemerdekaan ke 52????


Arini 31 Ogos 2009..maknanya arini jgak bulan 8 akan melabuhkan tirainya dan selamat datang bulan September..tapi bukan tu yang aku nak tekankan..bukan rumusan bulanan yang aku nak wat..cuma nak nyatakan yang arini, 31 Ogos 2009, negara kita, Malaysia dah 52 tahun merdeka..merdeka dri penjajahan..merdeka dri segala bagai bntuk kekejaman..merdeka dan tanpa diskriminasi ( tapi merdekakah kita sebenarnya) ..tapi apapun..tahniah kepada para pemimpin negara kerana mampu mengekalkan keamanan dan kesejahteraan Malaysia..

Tahun ni..bulan kemerdekaan jatuh dalam bulan Ramadan, jatuh dalam bulan puasa di mana majoriti masyarakat Malaysia akan berpuasa...apa yang aku nmpak..bulan kemerdekaan tahun ni..tak bgitu mendapat smbutan dri segenap pelusuk masyarakat..masyarakat dah x sibuk nk psang bndera kat kereta or knderaan masing-masing....premis-premis perniagaan kat Malaysia ni pun mcm x mnyokong bulan kemerdekaan...mungkin jatuh dalam bulan Ramadan kot...publisiti meluas tntang bulan Kemerdekaan tngglam sbab dtangnya Ramadan...kalau dlu...kat TV sibuk dgan rncangan-rncangan patriotik...sibuk dgan konsert kemerdekaan sana-sini...sibuk dengan countdown2....sibuk dengan kempen kibarkan jalur gemilang.....sibuk dengan nyanyian lgu patriotik....sibuk dgan iklan-iklan merdeka.....

tapi tahun ni...Tv sarat dengan rancangan-rancangan memasak.....sarat dengan iklan-iklan ramdan....sarat dengan promosi kain dan fabrik-fabrik murah.....sarat dengan cerita berunsurkan islamik dan raya...dan stesen televisyen mula memancing penonton dngan iklan-iklan rncangan raya mereka....he3..penuh dengan kelainan tahun ni..mungkin sebagai "negara Islam",kite lbih mnghormati Ramadan...kalo mcm 2 niat nya...ALHAMDULILAH..

Mungkin..orang rmai dh bnyak hbiskan duit bli topeng H1N1 kot...2 yang x mampu nak bli bndera..hahahah

lagi satu...apa yang aku nmpak...tahun ni punya logo n tema kemerdekaan x related dngan hari kemerdekaan..."1 Malaysia"..diulang-diulang prkataan 2 smpai tema hri kmrdekaan pun di ambil dri retorik pemimpin 2...dicanang satu Malaysia 2 smpai orang ramai jemu dngan prkataan 1 Malaysia...(yela,bnda yang sama diulang bnyak kali, bdak2 pun jemu cam2)...adakah gagasan 1 Malaysia yang cba dibawa 2 gagal smpai hari Merdeka pun msih guna slogan yg sma???( andaian semata-mata)hu3...

Anyway...sbagai rkyat Malaysia yang berwibawa.hahahaha...aku ucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan...kenanglah jasa-jasa pemimpin negara...mohon pada Tuhan di bulan baik ni agar negara kite diberikan perlindungan...

zahid kata >>> MERDEKA! MERDEKA!

Tuesday, August 25, 2009

ramadan menjelang tiba....


fuh......dh lma x update blog ni..
sori sesangat...sebab aku dh lama x on9 dan x tau nk coret pe kt blog ni..

aku bru blik dri Melaka dan menghabiskan SBE aku yang terakhir..so far SBE aku brjalan macam biase dan apa yang lebih menarik adalah pengalaman duduk di negeri orang selama seminggu...nanti aku wat ulasan lain sal SBE aku...tgu..

apa yang aku nak cakap mengenai kedatangan Ramadan..ramadan yang ke 21 dalam hidup aku..hu3..( dua dekad dah hidup rupanya)....dan x trlambat lagi aku nk mgucapkan selamat berpuasa kepada pmbaca blog aku ni...dan selamat datang bulan Ramadhan ( bulan utuk semua umat Islam )..
apa yang aku rasa? makin umur meningkat ni...rsa excited nk menyambut bulan ramadan ni dah berkurang..x macam masa kecik2 dlu...bulan pose ni mmang ditungu2 la..antara pengalaman masa kecik bile brpose :

1.djanjikan duit bile dpat pose penuh sehari
2.main bunga api n mercun
3. baju raya baru dan segala bagai persiapan raya baru
4. jmpa kwan2 kat masjid ( dengan beralasankan terawih )
5. blik skola, duk dalam blik air lama2..n mandi macam besok air dh xde ke bumi..
6. bli air time kt bazaar mcm nk minum utk 4-5 ari akn dtang..hu3

hahah...2 apa yang aku rsa 10-15 tahun yang lepas...tapi skang ni. rase mcm biase je puase ni..pegi bazar pun..pusing 5 -6 kali dh xtau nk beli apa..better balik umah n makan menu mak msak...mungkin usia dah meningkat kot...manis dan excited puase 2 dh semakin tawar.mungkin sebab x berbuka dngan ahli family yang cukup dan kurang kemeriahan macm berbuka dgan kwan2 kt asrama...tpi fadilat ramadan tetap kena kejar gak..yang 2 pasti...

so ni apa yang aku rasa la..maybe lain orang lain ragam kot..dan lain orang lain macam dorang punye pemikiran kan..he3..kekok lak bile dh lama x menulis kat sini...ni kire warm up la kat jari2 aku yang dah membeku kian lama..

jangan lupa tambah amalan korang time bulan pose ni...setan sume dah kena ikat pkai simpul manuk dah...so amik peluang k!!!!

zahid kata >>> tahniah pada calon PAS kat Permatang PAsir...menang lagi..berkat ramadan kot..alhamdullilah
zahid kata lagi >>> x sabar nk buka ngan dak2 ni kat asrama..he3

Wednesday, August 12, 2009

Bla...bla..bla...

Arini azli tanya pada aku," x update blog ke mat?"
he3...sori r bro...bukan xnak update, tpi x tau pe yg nk di update kan...stakat ni xde buku-buku or novel yg aku baca..juz buku pasal artikel2 koleksi Prof Shamsul Amri Baharuddin, tupun pinjam kat min jgak...nanti la..time PBS aku cari lgi novel-novel yang cambest nak dibaca...

he3..minggu ni..xde ape yg nak dicoretkan..brjalan mcam biase..hidup mcam sorang guru pelatih yang sedia mngikut acuan yang telah disediakn pihak pntadbiran..pegi klas pukul 8 dan blik kelas pkul 1..ptang main...2 jela...cuma pagi tdi ( rabu, 12/8/09) aku ngan geng2 pengakap wat satu xtiviti "ikthiar hidup"...memang best aktiviti 2...mula dgan cari kayu, buat roti lilit dan sememangnya riuh bila kumpulan masing-masing nak menunjukkan kehebatan..Asri,kamil dan poro sibuk dengan roti lilit kurma dorang, atras dengan dunkin donut, team aku lak..hahah..bangga dengan kemarakan api yang didirikan ak ngn matbab...memang stail..hahah..disokong plak ngn En. Sazali yang memang sporting..tq cik!!..

2 je kot...Piala MAD ANIP pun dh nak smpai pnghujung...dan sperti yang diduga..blok nuri membolot sume hadiah2..hahaha..trime kasih kerana memberi sokongan...

zahid kata >>> bersedia utk pergi ke SK Ayer Molek...walaupun didatangi dengan isu H1N1,kami x gentar dan cuba untuk melawan!
zahid kata lagi >>> nnti aku nk wat tulisan psal flsafah yg aku cipta sendiri..haha..tunggu...

Monday, August 10, 2009

Apa sudah jadi?????


Muhyiddin mohon maaf pada PIBG SMK Sri Hartamas


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Sri Hartamas ekoran tindakan jabatan pelajaran menarik balik kebenaran untuk mereka mengadakan mesyuarat agung luarbiasa (EGM) membantah perubahan dasar pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) semalam.

Beliau yang juga menteri pelajaran berkata, pegawai jabatan tersebut tidak sepatutnya berbuat demikian.

"Kami bersikap terbuka. Mereka (jabatan) tidak harus bersikap demikian, maafkan saya,” katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan kerja lima hari beliau ke Perth yang berakhir hari ini, lapor Bernama.

“Saya minta maaf. Saya fikir tidak adil (untuk menarik balik kebenaran itu)," katanya.

Semalam, Malaysiakini melaporkan, ibubapa pelajar SMK Seri Hartamas naik berang terhadap arahan yang melarang mereka mengadakan EGM tersebut untuk menyuarakan bantahan terhadap keputusan untuk memansuhkan PPSMI..

PIBG sekoleh tersebut dijadual diadakan di sekolah itu pagi semalam, tetapi Jabatan Pendidikan, melalui pihak sekolah, memutuskan ianya tidak sah untuk diadakan.

Oleh kerana keputusan tersebut disampaikan secara lisan kepada pihak PIBG lewat petang semalam, maka ramai ibubapa yang tidak mengetahuinya dan berhimpun di pintu pagar sekolah.

Walaupun tidak dapat mengadakan mesyuarat tersebut, mereka mengadakan undian di kalangan ibubapa sama ada mereka mahu pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris diteruskan di sekolah tersebut.

Sebanyak 553 undi dikira dan 97 peratus menyokongnya. Sebanyak 1,310 kertas undi diedarkan kepada pelajar untuk diserahkan kepada ibu bapa mereka.

Sumber : Malaysiakini

Zahid kata >>>> he3...memang rakyat diutamakan la ...sesuai dengan slogan 1 Malaysia..suara rakyat diutamakan..

Zahid kata lagi >>> tapi x pham lak..knapa dasar ni nk dilupuskan n boleh wat pengeculian plak..SMK HARTAMAS nak kekalkan PPSMI sebab ibu bapa kata sekolah tu pencapaian BI dorang baik...kenapa sebelum ni, sekolah-sekolah yang prestasi BM die baik, x boleh wat pilihan nak ajar Sains dan Math dalam BM...hu3..lupa plak..prestasi diutamakan...hahaha..jgan lupa..2012 makin hampir..

Saturday, August 8, 2009

Panggil Aku MELAJU


Hjung minggu ni, aku isi msa cuti aku dgan baca buku a.k.a novel ni. Tq gak kat min sbab bgi aku pnjam novel ni..hu3..mula-mula msa belek2 novel ni kat perjmpaan PBS, nampak macam membosankan sebab bermula dengan cerita-cerita epik dan aku bukanlah orang yang suka pada sejarah..hahah..tapi lepas aku baca sikit-sikit,lama-lama novel ni jadi satu perkara yang menyeronokka bagi aku..novel yang sarat dengan sejarah, trhiller, fakta dan segala bagai perkara yang boleh wat kite sedar sebagai seorang melayu..

Panggil aku Melaju - novel tulisan Rahmat Haroun Hashim yang juga merupakan seorang Dr..Novel ni secara ringkasnya menceritakan sejarah bagaimana kehidupan Melayu pada masa lampau dan menceritakan kisah kehidupan di Institut Mental Negara. Mr X ataupun Dr. Ridzuan ataupun Pengkhayal merupakan ahli arkeologi yang mengkaji perkara-perkara tentang kewujudan bangsanya sendiri. Sejarah Melayu digarap penulis dengan naratifnya yang tersendiri, menceritakan asal usul bahasa Melayu, perkataan-perkataan melayu dan sebagai contoh perkataan "makan" yang muncul daripada perkataan "ma" ( ataupun emak ) dan "kan" yang hadir daripada bunyi lelangit bersentuhan dengan leidah apabila gigi terkatup..kemudian novel ni turut memerihalkan isu Bahasa Melayu yang semakin pupus penggunaannya dan Isu PPSMI turut dibahaskan dengan penceritaan penulis sendiri. Penulis turut menyedarkan pembaca mengenai keadaan bangsanya yang hanya tahu menggunakan dan bukannya mencipta sehinggakan penulis menyatakan hanya beberapa perkataan sahaja yang datangya asal dari bangsa Melayu dan apa yang menarik, perkataan yang dicipta oleh bangsa Melayu boleh dikira dengan jari sahaja! Asal-usul dan makna disebalik perkataan MELAYU turut diceritakan, dan penulis berpendapat perkataan MELAJU adalah lebih sesuai untuk menggantikan perkataan MELAYU itu.Penulis sertakan dalil-dalil yang boleh diterima akal mengapa perkataan MELAYU itu harus diubah..sampai sini saja ringkasan novel ni...hu3..nak tau lgi baca sendiri..haha

apa yang aku rasa ---- Aku rasa semua orang yang rasakan dirinya Melayu kena baca novel ni. Secara sedar atau tidak, novel ni telah membuatkan aku tepikir tentang keadaan bangsa aku skang. hanya menjadi bangsa pengguna dan bukannya pencipta.Kat sini aku amik beberapa tulisan penulis untuk korang yang baca post aku ni berfikir k...

"Lihat juga pada Perancis.Selat Inggeris tak lebar mana. Pemuda Melayu dari air tawar dapat menaklukinya. Namun demikian, bahasa Inggeris tidak mampu menyeberang Selat Inggeris itu kerana jati diri orang Perancis. Kita yang berada beribu kilometer jauh, sanggup karamkan bahasa sendiri, bila tampak bahtera bahasa global itu menghampiri perairan kita, kita dah tenggelam punca. Bocorkan bahtera Bahasa Melayu di perairan sendiri. Kita orang Melayu sudah hilang jati diri kerana mabuk kepada kemajuan. Kononnya,tidak mahu ketinggalan dalam persaingan global. Sepatutnya kita bentuk anak-anak bangsa menguasai kedua-dua bahasa secara mantap " - Panggil Aku Melaju, Rahmat Haroun Hashim,2008

Thursday, August 6, 2009

Hasil seni ku..







Gambar-gambar kat atas ni sume merupakan hasil kerja tangan aku sndiri di bwah bimbingan En. Umran waktu subjek Seni Dalam Pendidikan. ( tq pada En. Umran sebab mengajar kami benda yang menarik ni). tapi apa yang ak nk tekankan kat post aku kali ni bkanla hasil kerje aku ni, tpi apa yang aku rasa di sebalik menghasilkan kerja seni ni..he3..

bila terbentuknya kotak ni, aku mula terpikir dengan ilmu ni kita leh wat macam-macam walaupun orang kata tangan tu xda seni,tgan keras mcam kayu, dan perkara yang sewaktu dengannya.Betul kata Andrea Hirata dalam tulisan die pada posting sebelum ni, yang mana pengetahuan tu teras pada segalanya..x sangka kotak yang sebegini rupa boleh terhasil daripada beberapa lipatan geometri sahaja. Lipat sini,Lipat situ, gunting sana dan gunting situ,maka terhasillah satu kotak seni.tanpa melibatkan satu bakat kesenian pun dalam diri..hahah

ak cuba aplikasikan pengetahuan ni pada kehidupan kite lak, bayangkan hidup tanpa ilmu dan bergantung pada bakat semata-mata...rasanya hanya orang tertentu je boleh hidup kat muka bumi ni..realitinya bakat 2 memanglah kurniaan yang istimewa, tpi lbih terserlah keistimewaan bakat 2, kalo dimurnikan dengan ilmu..dan bagi orang yang x berbakat, korang tuntutlah ilmu sebanyak mana yang mungkin dan x mustahil melalui ilmu dan pengetahuan 2, akan terciptalah satu bakat yang tiada pada orang lain..

konteks sekarang, bile sebut je mnuntut ilmu,org akan byangkan buku tebal segala bagai, sekolah universiti n dengar khutbah2 di dewan kuliah..sori la..ilmu ad di mana-mana k..bca novel korg leh dpat ilmu, tgok tv korang leh dpat ilmu, time main kt pdang pun korang leh dpat ilmu..cma pndai x pndai je korang nak kutip ilmu 2...

so 2 jela aku nak bebel pasal ilmu..dah 21 taun,bru trpikir pntingnya pengetahuan...isy2..

zahid kata >>> ngah cari idea nak wat esei lak..
zahid kata lagi >>> nisfu syaaban dah belalu,buku amalan pun dah kena tuka...so smntara masih segar bku amalan 2, hiaskanlah buku 2 dengan amal yang baik..( malam ni aku kna pe xtaulah, sume tulis yang baik2)ahahaha

Tuesday, August 4, 2009

Maryamah Karpov


Maryamah Karpov...tetralogi terakhir lasykar pelangi..aku baru hbiskan novel ni..makan masa jgak nak habiskan novel ni,sbab mngkin first time aku baca novel bahasa Indonesia yang cukup gramatis,magis dan indah. Silap aku,sebab x ikut tetralogi ni dri mula..So agak lambat la aku nak tangkap watak-watak dalam cerita ni..dan cukup bernasib baik,sbab aku dh tonton filem Lasykar pelangi dlu,so xla ak trlalu musykil perihal cerita ni..Andrea Hirata ni jgak prnag dilabel sbgai JK Rowling Asia sbab sentuhan magis penulisannya.

Maryamah Karpov - menceritakan perihal Ikal yang sudah dewasa dan kembali ke kampung halaman nya di Belitong. Kembalinya di Belitong,wujudlah satu kisah kehidupan baru bagi Ikal..Menjadi penganggur terpelajar di kepulauannya dan bermacam-macam ilmu kehidupan dipelajarinya. Mengenai kehidupan kaum-kaum lain, mengenai insan-insan yang mempunyai pelbagai kebolehan dan semangat yang kuat. Watak-watak dalam lasykar pelangi turut diangkat semula..Kehadiran Lintang yang geniusnya tidak terkata,sering menjadi solusi bagi segala masalah bagi Ikal..hukum fizik,matematik semuanya masih dikuasai Lintang yang hanya menjadi juragan kopra. Mahar yang masih fanatik dgan ilmu hitamnya, dan warga kampung yang pelbagai kerenahnya.
Maryamah Karpov sebenarya merupakan nama pemilik warung kopi yang seringkali menjadi tmpat persnggahan umat di kampung itu. di warung itu la brlaku nya penghebahan segala jenis perkara yang Ikal akan lakukan dan bermulalah segala macam pertaruhan yang pelik-pelik. So nak tau lagi psal novel ni bca sendiri k..he3

apa yang aku rasa bile aku bca novel ni?
he3..walaupun agak fantasi,tapi ttap trsirat dgan pelbagai elemen yang boleh dijadikan falsafah hidup. pertamanya..mengenai kehidupan orang melayu yang x lari dari gelar menggelar ni. lepas bca betul jgak apa yang ditulis 2..apa perbuatan yang pelik dan melucukan,pasti mendatangkan gelaran kat su pelaku-pelaku 2..strusnya, mengenai angan-angan dan kaitan ilmu dengan tradisi..slagi ada ilmu pelbagai perkara yg kite leh lakukan walaupun tampak mustahil utk dilaksanakan pada mulanya..so dengan ilmu, prkara mustahil boleh jdi mudah...akhir sekali,( walaupun bnyak lgi perkara yg menarik,tpi aku ringkaskan la)hahaha...cinta!! krna cinta seseorang itu snggup wat ape saje..ntahla..adakah ianya fantasi atau sudah terbukti dengan kajian bahawa kuasa cinta ni boleh mngubah segalanya...hu3..itu aku x pasti..nanti akan ku tnya insan-insan yang bercinta k..tpi sejauh mna yang aku nmpak,itulah realtinya walaupun kajian secara atas angin saje...

~dan tiba-tiba hari-hariku berubah menjadi puisi, semilir di pagi hari, meriang jika siang,pecah,serupa ombak-ombak pasang kalau malam ~ Andrea Hirata

zahid kata --- pasni nak cari apa lagi yang boleh dibaca!!
zahid kata lagi >>> kekejaman berlaku di mana2!!!

Saturday, August 1, 2009

1 Julai - 31 Julai 2009........

hari ni...bulan Julai pulak melabuhkan tirai dan Ogos menyingkap tabirnya plak..Bulan Julai,bagi aku bulan yang penuh makna dan ada jgak yang x sronok yang berlaku..

kite tgok dlu apa yang berlaku sepanjang bulan Julai ni dkat negara kita..pertama nye...penularan H1N1 yang semakin menjadi-jadi di setiap pelusuk negara..Sekolah-sekolah,pusat pengajian dah banyak yang tutup (kuarantin katanya, tpi cukup disukai sbab boleh dpat cuti extra), kmudian 11 Julai 2009, genaplah 100 hari Prdna Menteri kita memerintah dan bermcam-mcam lgi janji yang ditabur bgi kesengan rkyat.( adakah ianya satu retorik shaja, nantikan)..lepas 2, negara dikejutkan lgi dgan kematian misteri Exco selangor( takziah kepada keluarga mendiang)..semoga kes 2 dpar dirungkai dengan seadilnya k, tanpa membabitkan sebarang konspirasi yang diragui..( aku rsa,semua rkyat Malaysia pun harapkan camtu jgak)..Bagi peminat sukan, bola sepak Malaysia dikejutkan dgan persmbhan mnarik skuadnya sbab brjaya mengekang kmnangan besar pasukan kegemaran aku, Manchester United, dan dikala itu, nma Amri Yahyah ckup gah dijulang...dan secara keseluruhannya, bagi aku bulan Julai ni, negara kita masih blum mncapai satu perkara yang dpat mmbanggakan semua rakyat nye...mungkin bulan-bulan seterusnya ada kot..

ni bagi aku plak, Julai????
genap aku 21 tahun,( layak menjadi pengundi dan boleh dikatakn dewasa )..hu3...semester baru bgi aku brjlan seperti biasa, cuma blajar je yang makin susah..Julai jgak aku terima junior-junior baru dan seperti yang dijangka, aku still single!!!!!haahaha..msukla brapa rmai junior bru pun,kalo hati x berkenan, tetap xde perubhan...Julai jgak bulan result dan elaun guru pelatih kluar..so, mmang nikmat la..aku shoping mcam org gile dan skang bru terasa duit tu mengalir macam air terjun kat Ulu Dong..tapi takpe,sebab aku puas!!!
x logik la, kalo spanjang bulan ni aku bersuka je tanpa berduka,ada jgak perkara yang aku berduka bulan ni, tapi biarlah aku ctatkan dlam diari khidupan aku sendiri dan bukan sini tmpatnya ak nk luahkan kdukaan 2..hahah

So,bulan 8 dah masuk, dan tirai bulan 8 dibuka dengan seribu harapan bahawa ianya akan lebih baik dari bulan-bulan sebelumnya..

zahid kata >>> happy brthday atiqah liyana zainol, 27.7.2009 ( jgan jdi bdak kcik lgi )haha
zahid kata lgi >>> akan trus mngmbara dan mnghabiskan duit..hahaha