Saturday, August 8, 2009

Panggil Aku MELAJU


Hjung minggu ni, aku isi msa cuti aku dgan baca buku a.k.a novel ni. Tq gak kat min sbab bgi aku pnjam novel ni..hu3..mula-mula msa belek2 novel ni kat perjmpaan PBS, nampak macam membosankan sebab bermula dengan cerita-cerita epik dan aku bukanlah orang yang suka pada sejarah..hahah..tapi lepas aku baca sikit-sikit,lama-lama novel ni jadi satu perkara yang menyeronokka bagi aku..novel yang sarat dengan sejarah, trhiller, fakta dan segala bagai perkara yang boleh wat kite sedar sebagai seorang melayu..

Panggil aku Melaju - novel tulisan Rahmat Haroun Hashim yang juga merupakan seorang Dr..Novel ni secara ringkasnya menceritakan sejarah bagaimana kehidupan Melayu pada masa lampau dan menceritakan kisah kehidupan di Institut Mental Negara. Mr X ataupun Dr. Ridzuan ataupun Pengkhayal merupakan ahli arkeologi yang mengkaji perkara-perkara tentang kewujudan bangsanya sendiri. Sejarah Melayu digarap penulis dengan naratifnya yang tersendiri, menceritakan asal usul bahasa Melayu, perkataan-perkataan melayu dan sebagai contoh perkataan "makan" yang muncul daripada perkataan "ma" ( ataupun emak ) dan "kan" yang hadir daripada bunyi lelangit bersentuhan dengan leidah apabila gigi terkatup..kemudian novel ni turut memerihalkan isu Bahasa Melayu yang semakin pupus penggunaannya dan Isu PPSMI turut dibahaskan dengan penceritaan penulis sendiri. Penulis turut menyedarkan pembaca mengenai keadaan bangsanya yang hanya tahu menggunakan dan bukannya mencipta sehinggakan penulis menyatakan hanya beberapa perkataan sahaja yang datangya asal dari bangsa Melayu dan apa yang menarik, perkataan yang dicipta oleh bangsa Melayu boleh dikira dengan jari sahaja! Asal-usul dan makna disebalik perkataan MELAYU turut diceritakan, dan penulis berpendapat perkataan MELAJU adalah lebih sesuai untuk menggantikan perkataan MELAYU itu.Penulis sertakan dalil-dalil yang boleh diterima akal mengapa perkataan MELAYU itu harus diubah..sampai sini saja ringkasan novel ni...hu3..nak tau lgi baca sendiri..haha

apa yang aku rasa ---- Aku rasa semua orang yang rasakan dirinya Melayu kena baca novel ni. Secara sedar atau tidak, novel ni telah membuatkan aku tepikir tentang keadaan bangsa aku skang. hanya menjadi bangsa pengguna dan bukannya pencipta.Kat sini aku amik beberapa tulisan penulis untuk korang yang baca post aku ni berfikir k...

"Lihat juga pada Perancis.Selat Inggeris tak lebar mana. Pemuda Melayu dari air tawar dapat menaklukinya. Namun demikian, bahasa Inggeris tidak mampu menyeberang Selat Inggeris itu kerana jati diri orang Perancis. Kita yang berada beribu kilometer jauh, sanggup karamkan bahasa sendiri, bila tampak bahtera bahasa global itu menghampiri perairan kita, kita dah tenggelam punca. Bocorkan bahtera Bahasa Melayu di perairan sendiri. Kita orang Melayu sudah hilang jati diri kerana mabuk kepada kemajuan. Kononnya,tidak mahu ketinggalan dalam persaingan global. Sepatutnya kita bentuk anak-anak bangsa menguasai kedua-dua bahasa secara mantap " - Panggil Aku Melaju, Rahmat Haroun Hashim,2008

No comments:

Post a Comment