Tuesday, June 30, 2009

Bulan Jun Berlalu..

Tepat jam 12.01 malam ni..maka tmatlah riwayat bulan Jun 2009...lahirlah Julai 2009...30 hari yang berlalu dlam bulan Jun ni ak lalui dngan bermacam-macam bentuk ragam kehidupan...ad yang ak lalui bile di rumah dan sbhagian lagi bile di maktab...walaupun aku mrasakan yg skang ni waktu brjlan dgan smakin cepat ( mungkin kiamat nak dekat kot ), tpi 2 la realiti nya...masa xkan menunggu kite...kite yang perlu mengejar masa ( ayat-ayat orang yg slalu dok ckap psal motivasi )..

bulan JUN - xde yang menarik kot..kalo kat IPGM ni...msing-msing duk menanti kmasukan elaun..hakikatnya..elaun yang belum pasti masuknya bile, tapi prancangan utk penggunaan elaun 2 ak rsa msing-msing dh sdiakan..nk bli 2 la..nk bli ni la...duit korang kan...trpulang la ngn korang...jnji bile dah sesak nnti..xde yang mengeluh psal duit..

Bulan JUlai - dalm bulan ni aku genap 21 tahun ( dh x dkategori kan sbagai juvana dan boleh dftar sbgai pengundi kot)..mungkin dh smpai msa kot kna brubah..pmikiran kna jdi cam dewasa skit..xyah duk jadi bdak2 lgi...bia ssuai dgan umur..bulan ni gak rmai gru platih yang " bujang"2 nk mnyunting bunga2 baru yg nk msuk 13 Julai ni..hahaha..( aku trmasuk x?) xtau la..tgu dan lihat je

2 je kot nak tulis..xde pe lgi nk mngarut kat sini..bialah episod kehidupan kat bulan Jun 2 brlalu dan pastikan babak yang akan datang bulan dpan lgi mnarik dan mncabar kdewasaan..

SLAMAT TGAL JUN!!!!!!!!!!!!!!!

Monday, June 29, 2009

SaNtAi...

KISAH 1

Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.

Abu berdiri dan berkata, “Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya”.

“Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?”, tanya cikgu.

Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata, “Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel”.
“Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?”.

Seman berdiri dan berkata, “Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya…”.


KISAH 2

Seorang nenek memukul bontot cucunya yang telah melakukan perbuatan
yang tak sepatutnya...

Tiba-tiba ayah budak tersebut telah ternampak.... nak berdiam diri kesian pulak pada anaknya.. nak masuk campur.. tak berani...

Lalu setiap kali nenek itu mengayun rotan memukul bontot cucu, si ayah juga bertindak menampar muka sendiri.

Melihat tindakan si ayah yang agak pelik, si nenek segera berhenti memukul cucunya dan bertanya dengan penuh kehairanan pada si ayah.


"Kenapa engkau menampar muka sendiri?"Tanye si nenek


"Anakku dipukul orang ... dan untuk membalas perbuatannya itu, aku telah memukul anak orang itu."Jawab si ayah

KISAH 3

Pada suatu hari Si Amin disuruh oleh emaknya mengambil mangga di kebun. Sedang Amin memanjat pokok mangga, tiba-tiba dia terlihat ke bawah ada sepasang remaja sedang ' bercekerama '..

Maka berdirilah bulu roma Si Amin. Dia pun bertahan di atas pohon sambil menahan lututnya yang semakin mulai gemetar.

Tak lama kemudian didengarnya suara isak tangisan remaja perempuan itu, sambil tersendat-sendat dia bicara. "Abang macamana kalau saya hamil nanti? Abang kena bertanggung jawab." "Sudahlah, dik, kita serahkan semua ini pada YANG DI ATAS, " jawab si lelaki..

Si Amin terperanjat lalu dia berteriak,
"Wah! wah! kamu berdua yang sedap-sedap di bawah, senang-senang nak serahkan semuanya pada aku! Aku kan cuma tengok saja, usik pun tidak !!"


Sunday, June 28, 2009

Potensi Manusia Berdasarkan Gunung....


Smalam...27/6...sempat aku singgah di perpustakaan IPGM ak...atas arahan pensyarah,aku kna cri buku yang berkaitan dengan teori-teori pembelajaran ( Behavioris, kognitif, konstruktivisme dan bla....bla...bla.)..tpi aku trtarik dengan satu buku yg brtjuk Menjentik Minda tulisan mantan Timbalan Menteri Pelajaran, Allahyarham Dato' Razali Ismail..( buku ni pasal ucapan-ucapan dia yang bernas, maaf kepada pensyarah aku..sbab x dgar ckap..hahaha)

apa yang sempat aku baca adalah psal potensi manusia...psal potensi manusia yang boleh diibaratkan dengan pendakian gunung...dan contoh yang relevan die amik..adalah mgnai perenang malaysia yang merentasi selat dalam masa 14 jam 3 minit dan 3 saat...( malik mydin ) dan pendaki gunung everest..( n mohandas )

kategori yg prtama ialah The quiters, iaitu orang yg blum lgi memanjat sbuah gunung 2..tpi bile die nmpak ketinggian gunung 2..trus mngalah ( mksudnya,orang yang sudah menaku kalah sblum mnghadapi cabaran )

kategori ke dua The Campers, orang yang sudah mendaki separuh gunung 2, kemudian berhenti dan berkhemah di prtghan gunung..bergantung kepada mereka utk truskan pendakian ataupun duduk di dalam zon selesa ciptaan mereka sendiri..

akhir sekali aku lupa plak..tapi kalo tak silap aku The Climbers.tpi yang penting orang ketiga ni orang yang berjaya menakluki sesebuah gunung 2 hingga ke puncak...

so,apa yang aku bleh tafsirkan kat sini, gunung 2 diibaratkan sebgai sasaran dan misi dalam kehidupan kita,dan pendaki tu adalah kite sendiri...kita yang menentukan potensi diri kite sendiri...bukan orang lain yang menentukan potensi diri..

zahid kata >>> aku dengar Malik( junior aku) merancang nak pergi Gunung Senyum...Kat sni nnti aku tntukan yang aku ni kategori mane..hahaha

Cinta kau dan aku..


ha.....
ni novel ke 3 kot aku baca...CINTA KAU DAN AKU...tulisan Siti Rosmizah ( penulis novel Andai Itu Takdirnya)...Novel ni scara kasarnya...mncritakan pasal sorang gadis yang agak gila-gila,berani dan cantik bernma Farisya ( Nur Farisya Iman )..kemudian dikahwinkan dengan Farish Hakimi ( sorang CEO FF Holding)...Farisya ni kawin awal dan masih berperangai gila-gila seperti mana die sebelum kawin..kebahagiaan farisya dan farish telah diganggu oleh niat jahat Farah ( adik pada Farish) dan Suraya ( bekas tunang Farish yang masih mendambakan cinta dari Farish)..banyak rintangan yang dilalui sebelum Farisya mengecapi kebahagiaan sebenar..

Apa yang aku rasa pasal novel ni?

Ak dah baca kedua2 novel karya Siti Rosmizah ni...n aku rasa trdpat kesamaan antara novel pertama dia iaitu Andai Itu Takdirnya dengan yang ini...masih bertemakan ego sorang lelaki...watak wanita die berlesung pipit...brtemakan kehidupan 2 darjat yang berbeza, watak suraya yang gila kepada cinta lama sma dengan watak dlam andai itu tkdirnya...Watak sensitif juga x trlepas dri watak bgi kdua-dua novel ni..

adakah Siti Rosmizah kekurangan idea? So pada penulis ni, aku harap die dapat mncambahkan idea baru agar penulisan die lbih mnarik dan lkat pada minda mmbca..anyway,congrate utk novel kedua ni..

Zahid kata >>> aku mengkritik ni macam aku ni pandai menulis novel je..hahaha
zahid kata lagi >>> sedang mencari novel utk dibaca dan kmudian mngkritik lgi..hahaha

Friday, June 26, 2009

Seminggu di IPGM KTAA>>

22/6/09 - 26/6/09

Cukup 5 hari bekerja khidupan di IPGM ni...So aku dah masuk Sem 4 skang dan macam selalu subjek-subjek baru dikenalkan dan yang pastinya sumenye mencabar minda...Ketua unit yang baru dilantik ( Kamil adnan) cukup efisien dalam semnggu pentadbirannya...( harap-harap ko terus kekal la ea Mil) dan pensyarah-pensyarah yang mengajar sume dah diketahui...yang lain sume berjalan macam biase...Azmi dan Aida masih dengan harga makanan di takuk lama..xda desas-desus aktiviti menarik yang dapat didengari..cuma MPPB yang menjadi topik perbualan si senior...( aku x terlibat ea..ahahha)

itu di Afzan...di Malaysia..apa yang terjadi ea? Yang penting minggu ni kes H1N1 cukup popular..anak-anak orang berada yang bercuti di Luar Negara ( melbourne dan sebagainya ), teringat pulak kalo dulu,bile aku n kawan aku cuti sekolah, mungkin x smpai ke melbourne kot...mungkin lepak tepi2 parit, duduk padang petang2...xla smpai ke melbourne...xpelah rezeki masing-masing..
politik pulak...Kerajaan Perpaduan dah berkubur...kes anwar yang akan brsmbung 1 julai ni..dan yang paling hangat sekarang di Manik urai..
Dunia???? michael jackson meniggal dunia semalam...akibat kompilasi jantung...hilang lgi seniman kat dunia ni..( xpe..hilang sorang..100 yang ganti ).hahah

2 je aku nak tulis untuk 5 hari bekerja ni...dan skang aku tgah cuba habiskan novel tulisan Siti Rosmizah ( pengarang Andai Itu Takdirnya ) dan nanti aku akan wat ulasan pasal buku 2 kat sini...

zahid kata >>> Tahniah kepada Tuan Pengarah IPGM TAA sebab dikurniakan Dato'..Dato' Mazlan bin Mohamad..

Thursday, June 25, 2009


Copy award di atas untuk diletakkan di blog anda.

Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini.
1-Nma die Ayu
2-Dak junior aku..BM gak ni..
3-Agak kreatif dalam penulisan..
4-Pnah satu bas g kagum dengan aku..he3
5- Rumet auntie nazwa..hahah


Setiap blogger mesti menyatakan 5 fakta/5 hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.

LIMA FAKTA tentang diri aku :

1. Nma ak Nor Zahid Bin Musa
2. 880703015275 no ic
3.h768111 no sijil branak
4. brat badan yang tinggi..
5. orang kata ak kawin lambat..hahaha ( xmungkin!!)
i...

LIMA HOBI aku :
1-5 hobi aku? aku xde hobi masa ni...aku wat apa yang aku suka n aku rasa nak wat...tpi aku rasa stu hobi aku...surf intrnet la..he3

Anda perlu memilih 5 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka
.

blum disenarai pendek kan..he3

Tuesday, June 23, 2009

Guru di Manek Urai diseru pilih BN

Guru di Manek Urai diseru pilih BN

Jun 23, 09 5:36pm

Seramai 187 guru dan warga pendidik yang layak mengundi pada pilihanraya kecil DUN Manek Urai bulan depan diseru mengundi calon BN bagi memastikan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) berjaya dilaksanakan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata walaupun pemilihan calon merupakan hak seseorang individu, namun sokongan terhadap kerajaan akan memastikan PIPP dapat dilaksanakan demi faedah generasi masa depan.

"Kita berharap para guru dapat membantu menjayakan agenda pendidikan negara ini," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Tambahnya, kerajaan kini dalam proses untuk membina negara bangsa yang cemerlang menerusi sistem pendidikan yang maju.

"Kita juga sedang meningkatkan taraf guru dan untuk itu mereka mestilah bersama kita," Dr Mohd Puad dipetik berkata.

sumber malaysiakini

Zahid kata >>> Guru dah tua2 pun kna paksa jgak ke?
Zahid kata lagi >>> PIPP dah lama berjalan...xkan 187 guru ni baru bleh bgi kesan kat PIPP...sblum ni PIPP x brksan ke?mna demokrasi yang kite sibuk duk ajar kt budak2...mna ea? so..pada guru-guru...anda fikirlah mana yang baik k..hahaha